Quantcast
Channel: Ustaz Moden’s Weblog
Viewing all 68 articles
Browse latest View live

Fatwa Gerakan Anti-Hadis (GAH) Dr Kassim Ahmad | Portal Rasmi Fatwa Malaysia

$
0
0

Gerakan Anti-Hadis

Tarikh Keputusan:
20 Jan, 1996

Huraian Tajuk/Isu:
‘A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK – (a) ‘Hadis Satu Penilaian Semula’ dan ‘Hadis Jawapan Kepada Pengkritik’ yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad; (b) ‘Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran’ yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman; (c) ‘Bacaan’ yang ditulis oleh Othman Ali; (d) ‘The Computer Speaks – God”s Message To The World’ yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa, adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan. B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Keputusan:
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa ‘Majlis Agama Islam dan “Adat Melayu Perak’ Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut C. OLEH YANG DEMIKIAN – (1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku ‘Hadis Satu Penilaian Semula’, ‘Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ‘, ‘Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran’, ‘Bacaan’ atau ‘The Computer Speaks: God”s Message To The World’; adalah murtad; (2) mana-mana orang Islam adalah dilarang : (a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku ‘Hadis Satu Penilaian Semula’, ‘Hadis Jawapan Kepada Pengkritik’, ‘Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran’, ‘Bacaan’ atau ‘The Computer Speaks: God”s Message To The World’; (b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkanbuku ‘Hadis Satu Penilaian Semula,’ ‘Hadis Jawapan Kepada Pengkritik’, ‘Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran’, ‘Bacaan’ atau ‘The Computer Speaks: God”s Message To The World’; atau mana-mana bahagiannya, termasuk : (i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya; (ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa; (iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau (c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.’

Status Penwartaan:
Diwartakan

Tarikh Diwartakan:
15 Feb, 1996

Nombor Rujukan:
Majlis 0/Jld. 1; PU. Pk. 15/86

Akta/Enakmen:
No:139 Jil.49

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/gerakan-anti-hadis-0

Ana juga dapat sms dan whatsapp dari rakan di JAKIM pasal blog dedah gerakan anti hadis kalangan Blogger – :

Kumpulan Anti Hadis yang difatwa murtad 1995 di blog Outsyedthebox – sangat bahaya untuk agama Islam

http://www.penembak-tepat.com/2014/01/bukti-golongan-anti-hadis-kassim-ahmad.html?m=0

Mohon sebarkan

Sent from my Samsung Note 3



Jangan mudah mengkafir – Habib Syech

$
0
0

re_07.1.jpg

ADA semacam tarikan atau aura tersendiri sebaik berpeluang mendekati tokoh pendakwah dan qasidah terkenal Indonesia, HABIB SYECH AS SEGGAF.

Wajahnya tenang serta tutur katanya yang lembut tetapi penuh hemah mampu membuatkan seseorang tertarik untuk mendengar bicaranya lebih mendalam.

Walaupun berasal dari Indonesia namun namanya kini semakin harum di tanah air. Ketika acara Kembara Dakwah: Malam Cinta Rasul diadakan di Dataran Merdeka Mac tahun lepas, lebih 70,000 umat Islam menyertai beliau bersama kepimpinan negara pada program itu.

Dan ketika pertemuan berlangsung, beliau sedang sibuk untuk menghadirkan diri ke Majlis Malam Cinta Allah dan Rasul yang beliau mengetuainya. Majlis tersebut yang berlangsung di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya malam tadi sekali lagi mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Dalam pertemuan bersama wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, Habib Syech menyatakan pandangannya tentang kenapa perlunya umat Islam berbalah sesama sendiri selain melihat perbuatan saling kafir mengkafir sesama Islam hanya akan memudaratkan lagi kedudukan umat Islam yang kini semakin terhimpit.

MINGGUAN: Pak Syech merupakan nama besar di Indonesia dalam bidang dakwah dan kini semakin dikenali di Malaysia. Bagaimana sambutan rakyat negara ini dan apa perasaan Pak Syech?

SYECH AS SEGGAF: Alhamdulillah, sambutan yang saya terima sangat membanggakan dan saya sebenarnya berdakwah melalui muzik. Bagi saya dakwah melalui cara ini lebih mengenal dan dekat kepada masyarakat. Setakat ini Alhamdulillah, sudah semakin berkembang di Indonesia walaupun belum ke tahap maksimum dan saya sangat bersyukur semakin berkembang ke Malaysia. Saya sebenarnya tidak menyangka rakyat Malaysia boleh menerima dakwah yang saya cuba sampaikan. Ini mungkin kerana kebaikan orang-orang Malaysia yang mahu mengenali Allah dan Rasul-Nya dan Alhamdulillah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Saya melihat ini seperti yang dilalui oleh Rasulullah SAW ketika melakukan Hijrah. Waktu beliau berhijrah dari Mekah ke Madinah dan kemudian di sambut dengan baik oleh warga Madinah, membuktikan hijrah dan dakwah Rasulullah SAW berjaya. Begitu juga dakwah saya yang bermula di Indonesia dan kini ke Malaysia, Alhamdulillah ia disambut dengan baik dan cukup berhasil.

Pendekatan dakwah Pak Syech melalui muzik, Boleh huraikan lebih lanjut?

SYECH AS SEGGAF: Saya sebenarnya sangat senang dengan muzik dan meminati muzik jazz dan sebagainya. Saya tidak mengharamkan muzik dan mempersilakan sesiapa mendengar muzik tetapi janganlah sehingga lalai kepada Allah dan Rasul-Nya. Ada yang mengatakan muzik sebagai haram dan memang benar jika muzik itu membawa kita ke tempat maksiat maka ia adalah haram.

Tetapi jika muzik itu mampu mendekatkan kita kepada Maha Pencipta dan Rasul-Nya tidak ada masalah. Malah jika ia melibatkan muzik-muzik Melayu yang menjadi kegemaran saya, sudah tentu ia tidak menjadi masalah. Saya sangat menyukai pelakon terhebat Malaysia, P. Ramlee dan muziknya juga sering saya dengari.

Masalah utama umat Islam adalah tidak mementingkan penyatuan dan sering sahaja berbalah tentang apa sahaja isu terutamanya politik. Mungkin Pak Syech boleh huraikan perkara ini?

SYECH AS SEGGAF: Sesungguhnya Rasulullah sering menganjurkan supaya kita saling mengasihi dan menyintai sesama umat Islam. Perbezaan itu sudah tentu ada tetapi jangan merasakan diri lebih baik atau betul berbanding orang lain. Kalau merasakan diri mempunyai ilmu yang lebih baik maka ajaklah orang lain yang mungkin kurang ilmunya bersama melakukan amal yang baik. Seperti mana Rasulullah SAW yang mengajak orang ke jalan yang benar melalui cara yang betul. Tetapi kita adakalanya mengajak orang dengan cara yang keras dan sebagainya.

Hakikatnya Islam itu indah dan membenarkan kita berdampingan dengan sesiapa sahaja di dunia ini. Begitu juga di Malaysia masyarakatnya perlu sahaja menyatu dan bukannya saling mencaci dan menyalahkan antara satu sama lain.

Mereka yang beramal baik adalah mereka yang saling mengajak ke arah kebaikan, menyintai dan mengambil berat tentang orang lain.

Namun di sebalik kebaikan itu sudah pasti ada musuh-musuh yang mahu merosakkan perkara yang baik. Syaitan sering sahaja membisikkan kepada kita supaya merasakan diri kita ini paling benar. Mereka yang merasakan dirinya benar dan bagus belum tentu lagi dirinya benar kerana mereka sebenarnya adalah orang yang paling tidak benar.

Hakikatnya mereka yang benar adalah mereka yang merasakan dirinya serba kekurangan dan sering mencari jalan dan ilmu untuk menutupi kekurangan dirinya dan kemudian menyalurkan pula kepada saudara-saudara Muslim yang lain.

Masalah merasakan diri mereka betul dan melabel orang lain tidak betul dan saling kafir mengkafir sudah umpama barah yang sangat berbahaya. Mungkin Pak Syech boleh memberi nasihat?

SYECH AS SEGGAF: Apakah kita mampu mengata seseorang itu kafir hanya kerana amalan dan perbuatan sepanjang hidupnya. Kita tidak boleh mengkafirkan orang lain hanya kerana seseorang mempunyai lebih ilmu agama maka sewenang-wenangnya mereka menjatuh hukum kafir. Bukankah lebih baik jika kita nampak seseorang itu melakukan kesilapan, kita ajak mereka kembali ke jalan yang benar dan melakukan perkara yang baik dan bukannya dengan menjatuh hukum atau melabel seseorang yang lain itu sebagai kafir atau sesat.

Kita perlu ajak mereka melakukan perkara kebaikan dan bukan menghukum kerana merasakan ilmu dalam diri lebih baik daripada orang lain. Kita tidak dibenarkan untuk membuka aib atau kejelikan seseorang apatah lagi dengan mudah mengatakan orang lain itu buruk atau kafir. Jika seseorang menyatakan orang lain itu kafir maka dia juga sudah jatuh kafir. Jika seseorang dituduh sebagai kafir belum tentu lagi dia kafir.

Keadaan sekarang begitu ramai yang membawa al-Quran dan menyatakan ini pegangan kita. Dalam al-Quran ada menyatakan supaya kita menyintai Allah dan Rasul-Nya serta menyatakan selawat ke atas junjungan besar kita.

Sudah tentu meraikan junjungan besar kita bukan satu perkara yang salah dan Rasulullah juga tidak pernah melarang perbuatan ini. Kita perlu faham bahawa ada Sunnah yang dilakukan, yang diucapkan dan dilihat oleh Rasulullah.

Sebagai contoh, janganlah kerana kita berqasidah, menyatakan cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad SAW dikatakan kafir.

Mungkin kita ada cara tersendiri dalam menyatakan kesyukuran dan perasaan kasih dan cinta pada Rasulullah SAW, tidak menjadi masalah jika masing-masing mempunyai cara mereka tetapi janganlah menyimpang daripada ajaran Islam serta jangan terlalu mudah menyatakan orang lain kafir hanya kerana cara yang berbeza. Itu adalah kerja Tuhan dan janganlah kita terperangkap melabel orang itu sesat dan kafir kerana hanya Allah sahaja yang maha mengetahui di sebalik setiap sesuatu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140309/re_07/Jangan-mudah-mengkafir#ixzz2vRA5dUWr
© Utusan Melayu (M) Bhd


Kenyataan Media Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Tragedi #MH370

‘Fatwa Syirik’ : @UstAzharidrus Nasihat Jangan Mudah Tuduh Syirik Upacara Raja Bomoh

Video Penuh Selawat Perdana di YouTube Astro Gempak

(Geletek) Kentut Tahap Kronik..’Seminit 142 Kali!’– Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus Ajar Cara Elak Tidur Semasa Khutbah Jumaat

38 Ahli Parlimen DAP tak sokong hudud

$
0
0

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang

KUALA LUMPUR 14 April – Pas dilihat keseorangan dalam mencapai hasrat parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan apabila terus mendapat tentangan daripada DAP.

Terbaru, DAP menegaskan, kesemua 38 Ahli Parlimen parti itu menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan itu juga akan melobi 46 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bukan Islam untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Pendirian kita jelas, Ahli Parlimen DAP tidak akan menyokong dalam pelaksanaan hukum hudud. Saya difahamkan, tujuh Ahli Parlimen MCA, satu daripada Gerakan dan empat daripada MIC juga telah menyatakan bahawa mereka juga tidak akan menyokong usul tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini sebagaimana yang disiarkan dalam portal berita the Star Online.

Kerajaan Pas Kelantan semalam menegaskan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.

Malah katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.

Sebelum ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.

Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Dalam pada itu, Lip Eng berkata, sokongan satu pertiga daripada 222 Ahli Parlimen diperlukan untuk mencabar rang undang-undang itu.

Katanya, ketika ini 50 Ahli Parlimen sudah berada di pihaknya untuk menentang hukum hudud.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140415/po_01/38-Ahli-Parlimen-DAP-tak-sokong#ixzz2zLUfvMAw
© Utusan Melayu (M) Bhd



Video Ustaz Azhar Idrus Ulas Kehilangan MH370

Andai Rasulullah s.a.w Masih Ada – Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre (Bahagian 1)

Kisah Buya HAMKA berkunjung ke Pesantren Suryalaya Abah Anom

$
0
0

hamka%2Bdan%2Babah%2Banom.JPG
HAMKA merupakan ringkasan dari nama lengkapnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Lahir di desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, pada tanggal 16 Februari 1908, atau bertepatan dengan 13 Muharram 1326 H.

Siapa sangka mantan pemimpin Organisasi Islam Muhammadiyah – biasa disapa Buya Hamka – ternyata pengikut Thoriqoh Qodiriyah Naqsabandiyah (TQN) Pondok Pesantren Suryalaya. Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) pertama ini ditalqin oleh Pangersa Abah Anom, yaitu di sekitar awal tahun 1981. Menurut kesaksian H. Saleh Khan (ikhwan Singapura), ketika sedang berada di Suryalaya, bahwa Pangersa Abah menceritakan, ketika proses talqin hendak dilakukan, Buya Hamka dibawa masuk ke ruang keluarga dan ditutup pintunya. Hal ini dilakukan dalam rangka menghormati Buya Hamka sebagai ulama yang terhormat saat itu.

Sebab Buya Hamka masuk TQN, ketika sepulang dari Mekah dan datang ke Pondok Persantren Suryalaya (PPS) yang menurut penjelasannya karena mendapat petunjuk Baginda SAW. agar menjumpai seorang hamba Allah yang ikhlas. Ketika di Suryalaya, didapatinya seorang Mursyid yang sangat bersahaja: tidak berjubah, berserban, dan berjenggot, sebagaimana faham yang umum berkenaan dengan sunnah. Demikian juga para santrinya.

Maka Buya Hamka memohon izin untuk memperbaiki keadaan tersebut. Dikisahkan, selama 3 hari 3 malam, Buya Hamka asyik berceramah berbagai ilmu khasnya, yaitu tasauf, yang melingkupi sunnah dan adab. Berbagai hal yang dianggapnya tidak bersesuaian dengan sunnah disampaikan.

Sampailah masa perpisahan, dan ketika Buya Hamka hendak berpamitan pulang, Pangersa Abah memeluknya dan berkata: “Ucapan jutaan terima kasih atas banyak ilmu yang telah dicurahkan, tetapi Abah mohon agar Buya mau mengatakan kepada Abah, bagaimana mengamalkan semuanya itu. Abah sendiri juga tidak mampu, apatah lagi para santri. Mohon ditunjuki ya Buya“, demikian kurang lebih Pangersa Abah.

Ketika itu juga Buya Hamka tersadar, sehingga dia menangis terisak-isak dan berlutut di hadapan Pangersa Abah. Buya sadar, ilmu yang banyak tidaklah berguna bila tidak diamalkan. Kemudian Buya malah mintu ditunjukkan sebaik-baik amalan, sehingga akhirnya ditalqinkan kalimat yang tertinggi: La ilaha illa Allah.

Sebelum akhir hayat, Buya Hamka sempat berkunjung secara khusus kepada Pangersa Abah. Maka seminggu sebelum “masa” itu tiba, Pangersa telah memberikan pesan sebelum Buya pulang ke rumah, yaitu untuk menyelesaikan segara urusan wasiat kepada keluarga, dan kemudian agar memfokuskan pada tawajjuh dengan sepenuh hati, agar baik dan mulia di saat kembali kepada-Nya. Bahkan Pangersa Abah menyatakan, bahwa “masa” itu terjadi setelah sholat Jumat.

Selanjutnya boleh dibaca di sini :

http://cepcepicepotcipta.blogspot.com/2013/01/kisah-buya-hamka-berkunjung-ke.html?m=1

Moralnya : susuk badan pandangan luaran belum tentu boleh dijadikan ukuran. Ramai ulama tidak panjang janggut atau berserban namun nilai ilmu dan akhlaknya lebih hebat melebihi yang lain. Ulama Asia atau Timur Tengah tidak menolak Sunnah janggut jubah walau mereka tidak memelihara janggut dan jubah kerana nilai sebenar di sisi Allah ialah taqwa yang berada di dalam hati.

Bukan bermakna boleh membuka aurat tidak menutup rambut kerana hal ini jelas melanggar syariat yang tidak ada maaf baginya.

Fahaman seperti Islam Liberal ini yang bahaya kepada masyarakat yang banyak dibawa oleh NGO songsang seperti Sister in Islam.

Namun mereka ini dilihat telah rapat dengan pemimpin kita dan menjadi penulis buku Legacy of Honour berkaitan mantan PM seperti bekas pengasas Sister in Islam iaitu Zainah Anwar.

image image1

Lebih membimbangkan ia turut mendapat kata pengantar oleh YAB Perdana Menteri. Adakah penasihat PM tidak sedar fahaman Sister in Islam dan memberi sokongan kepada buku beliau?

Isteri Khairy Nori Abdullah juga dilaporkan telah berjaya dipengaruhi kumpulan ini selepas Marina Mahathir.

Kita perlu beri mesej kepada pemimpin tertinggi negara bahaya kumpulan ini


Doa Sempena Bulan Rejab

YouTube – Habib Ali : Maulid Diba’ie Full Record

Paderi malu tak boleh jawab soalan Ahmed Deedat

PAS tangguh hasrat bawa Hudud ke Parlimen


Imam Mahdi & Kemunculan Para Habaib ᴴᴰ | Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

Kenyataan Media JAKIM Sijil Halal Hazel Cadbury Dairy Milk

Masjid al haram imaams schedule Ramadan 1435 Hijrah

Lelaki Separuh Bogel Mengamuk Depan Kaabah

Neelofa di IKIM 5.15 Petang Ini bersama Usrah Nurani Ust Zul Ramli

$
0
0

Tahniah kepada Neelofa atas penghijrahan memakai tudung. Semoga Allah akan memberkati kehidupan beliau dengan sebab yang baik ini.


Viewing all 68 articles
Browse latest View live