Kajian Usaha Orientalis Cuba Burukkan Hadis Nabi
Meninggal Dunia Semalam di Masjidil Haram
Banyak kisah wali Allah mereka meninggal ketika keadaan paling hampir hampir dengan Allah iaitu ketika sujud.
Hari ini kisah sebegini juga masih berlaku untuk menjadi iktibar kepada kita.
Semoga hayat kita juga berakhir sebegini.
Meninggal dunia hari Ahad 2.1.1436 Hijrah di Masjidil haram ketika sedang solat dhuha. Semoga Allah merahmati dan mengampuni ya Allah biarlah saat akhir hayat kami dengan baik dan Kau memanggil kami dalam keadaan Engkau meredhai kami.

Kaki Buruk Selepas Pijak Al Quran
mengikut maklumat dalam Whatsapp yang boleh dipercayai namun boleh dibetulkan jika tidak tepat berkenaan kaki warga Jerman yang menjadi buruk bila memijak Al Quran.
ia memberitahu kepada orang termasuk bukan Islam agar menjaga kehormatan Al Quran walau mereka tidak menerima kebenarannya.
tidak perlu kita atau mereka menghina lain-lain agama kerana masing-masing mempunyai kepercayaan yang berbeza.
namun jangan sampai kita mengatakan semua ajaran adalah benar dan sama kerana ia akan membawa kepada Islam Liberal.

MYKMU Bidas Mufti Perlis @RealDrMaza Isu Ust Kazim Elias Difitnah Hadis Palsu
Berubahlah Dr Maza, Jangan Cari Jalan Neraka!
Oleh AJAB
Semalam dikhabarkan pihak Istana Perlis bersama Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mendamaikan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dengan Datuk Kazim Elias. Perdamaian ini mungkin “real” atau mungkin juga sekadar menghormati inisiatif Istana.
Penulis memang mengharapkan pertemuan ini merupakan satu titik tolak pemulihan maruah para ilmuan Islam setelah sekian lama tercemar dengan pelbagai pandangan dan kenyataan separuh benar oleh Mufti Perlis ini.
dr-mazaMempunyai kesempatan mengikuti, memerhati dan menelaah idea, pandangan dan pemikiran Dr Mohd Asri Zainal Abdin (Maza) pada zaman awal kemunculan beliau, penulis percaya beliau mempunyai ciri-ciri untuk menjadi satu figura agama Islam di negara ini suatu masa nanti.
Keterbukaan dan perbahasan ilmunya sangat baik dan mudah menangkap dalam pemikiran generasi muda.
Malangnya, Dr Maza mengulangi kesilapan dan kesalahan ramai ilmuan dan pemikir sebelum ini. Mereka menjadi bongkak, takbur, merasakan mereka sahaja yang betul dan benar.
Apabila tamat kontrak Mufti beberapa tahun lalu, Dr Maza memilih jalan populariti berbanding jalan ulama.
Ulama yang berjiwa besar jarang mencerca, menghina, menyindir dan mengejek umat Islam lain apatah pemimpin negara jika ia bukan membabitkan hal-hal besar mengenai kepentingan Islam.
Selepas sedikit popular dengan pandangan progresif, Dr Maza membenarkan hati dan perasaannya dihanyutkan oleh perasaan mahu menjadi hebat dan gah di kalangan rakyat lalu membuat pelbagai komen politik dan isu masyarakat yang mengikut arus populariti bukannya berpaksi kepada kebenaran.
Apabila kita menonton ceramah Maza kita akan mendengar pelbagai sindiran dan sinisan terhadap pemimpin hanya untuk menarik khalayak ceramahnya.
Selain ceramah, Facebook dan Twitter beliau juga sering kali menyiarkan kenyataan-kenyataan palsu seperti isu kapal terbang Perdana Menteri, kembara Tengku Mahkota Johor, isteri Perdana Menteri dan banyak lagi maklumat palsu disebarkan melalui akaun beliau.
Inilah antara komentar yang pernah laman ini terbitkan ketika meneliti pandangan-pandangan Maza semasa beliau pencen kali pertama sebagai Mufti Perlis.
i. Orang Lain Sibuk Membantu, Dr Maza Pimpin Rakyat Jalan Ke Neraka?
ii. Fitnah: Apa Rasanya Berdosa Besar Sekali Sekala Dr. Maza?
iii. Siapa Hipokrit : Antara Asri (Maza), Azhar Idrus, Haron Din Dalam Isu Kalimah Allah
iv. Dr Asri Tolong Jawab: Bolehkah Seorang Peliwat Menjadi Pemimpin Dalam Islam?
Ingatkan kegilaan populariti ini hanya berlaku ketika tiada jawatan. Namun sebaik memegang semula jawatan Mufti beliau terus menyerang pendakwah lain yang tidak sealiran dengan beliau.
Dr Maza sebagai Mufti Perlis, menghantar surat kepada kerajaan Negeri Perlis membantah jemputan ke atas Ustaz Kazim Elias untuk menyertai forum Islam sempena hari keputeraan Raja Perlis. Dalam surat tersebut beliau memberi alasan Kazim ialah seorang penyebar hadis palsu.
Sebagai Mufti negeri, beliau boleh sahaja memberi pandangan lisan kepada penganjur. Namun untuk menunjukkan kehebatan, beliau menulis surat rasmi.
Apabila tersebar surat tersebut dan beliau diminta menunjukkan bukti Kazim membawa hadis-hadis palsu, Dr Maza mengambil sebahagian kecil ucapan Kazim kononnya Rasulullah membuat kenduri roti jala dan kuah kari kambing.
Memang Dr Maza benar bila berkata “tidak benar nabi makan roti jala cicah kuah kari.”
Namun tuduhan beliau bahawa Ustaz Kazim Elias bawa hadis palsu sangat salah dan merbahaya.
Bukan sahaja kerana dalam ceramah tersebut Kazim tidak pernah menyatakan ia sebagai hadis atau diriwayatkan oleh sesiapa pun; malah tuduhan penyebar hadis palsu harus dibawa ke peringkat muzakarah ulama bukannya membuat keputusan semberono dan sendirian.
Sebagai mufti juga Dr Asri salah apabila mengeluarkan satu surat yang membuat tuduhan serius ke atas Ustaz Kazim tanpa memanggil beliau untuk mendapatkan penjelasan.
Bukankah wajar untuk seorang Mufti memanggil mana-mana pendakwah yang dirasakan membawa hadis palsu atau terpesong untuk mendengar fakta sebenar dari mulut individu terbabit sebelum membuat keputusan yang sebesar itu? Tuduhan penyebar hadis palsu samalahs eperti menuduh menyeleweng ajaran Islam.
Malangnya, Mufti Perlis ini memilih jalan bergaduh, menimbulkan fitnah dan membuat dakyah sesama rakan pendakwah hanya kepentingan duniawi.
Mengapa penulis kata kepentingan duniawi? Jika Maza memberat kepentingan akhirat dan agama beliau tidak akan terpesona dan terpegun dengan jumlah like di Facebooknya; atau pengikut di Twitter, mahu pun pembaca tulisannya di Malaysiakini.
Kerana keghairahan mengejar populariti, beliau membuat pelbagai kenyataan bersunur fitnah dan separuh benar ke atas pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri dan isteri, pemimpin negara dan lain-lain kumpulan yang tidak sealiran dengan beliau.
Dr Maza harus berhenti menjadi selebriti. Jadilah seorang ilmuan yang menjaga kata-kata dan tutur bicara.
Jangan kejar jalan ke neraka sedang jalan ke syurga terbentang luas.
Sumber http://www.mykmu.net/2015/03/berubahlah-dr-maza-jangan-cari-jalan-neraka/http://www.mykmu.net/2015/03/berubahlah-dr-maza-jangan-cari-jalan-neraka/

FATWA BERHUBUNG GST
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 – 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.
2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:
i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar’iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.
ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.
iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi’i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.
iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:
الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم
“Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka”.
3. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.
4. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:
i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan setempat.
Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) | Portal Rasmi Fatwa Malaysia
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-terhadap-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst

Jawapan Isu Zikir Menari oleh Tuan Guru Dr Haron Din
Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.
Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.
Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.
Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.
Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.
Wallahu ta’ala a’lam.
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
http://www.harakahdaily.my/pandangan-haron-din-berkenaan-zikir-sambil-menari

Pembelaan Uwais Qarni Terhadap Fitnah Syeikh Nazim Al Haqqani
Copy&paste:
Antara penerangan dan nasihat daripada Ustaz Uwais Qarni dalam kuliah semalam berkenaan dengan isu Habaib dan Naqshabandi ;
1. Hentikan kata-kata yg tidak baik seperti tuduhan sesat dan sebagainya terhadap org yang telah meninggal dunia. Sama ada terhadap Almarhum Syeikh Nizam al-Haqqani (Pengasas Tareqat Naqshabandi) dan Almarhum YM Raja Ashman Sultan Azlan Shah, anakanda Sultan Perak. Dikhuatiri kita mencerca orang yang Allah telah muliakan mereka setelah mati, kita tidak tahu.
2. Sebagai org awam, jangan terlalu ghairah bersandar kpd pandangan2 pihak tertentu yg gemar melempar tuduhan sesat, syirik, kafir dan sebagainya kpd pihak lain yg tidak disenangi mereka. Untuk menjatuhkan hukum sesat, syirik, kafir dan sebagainya perlu kepada penelitian yg terperinci bkn semata-mata atas bukti gambar dan video kerana kita tidak hadir semasa gambar diambil dan video itu dirakamkan.
3. Isu bersentuhan dengan wanita ajnabi harus dilihat dari segi pegangan mazhab. Syeikh Nazim al-Haqqani dan Syeikh Hisham Kabbani merupakan pengikut mazhab Hanafi yang membolehkan sentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi dengan tanpa syahwat. Justeru tidak timbul persoalan di sini. Satu perkara lagi yang perlu dinilai adalah kerja dakwah yg dilakukan oleh Syeikh Nizam al-Haqqani. Beliau merupakan pendakwah Islam yg bergerak di negara-negara eropah. Syeikh berdepan dengan pelbagai jenis org yg datang dari kehidupan yg penuh zulumat. Kita sedia maklum kejahilan dan budaya eropah yg teruk. Ada antara mereka yg bila berdepan dgn Syeikh, dengan pelbagai tingkah laku dan gaya penampilan yg bermacam-macam. Syeikh mengambil pendekatan berbeza bila berdepan dgn mereka atas nama dakwah dan sudah tentulah Syeikh akan mendidik dari semasa ke semasa dan berperingkat. Berbalik kpd bukti bergambar yg disebarkan, kita tidak hadir semasa itu justeru jangan terlalu cepat membuat tuduhan.
4. Penggunaan istilah yg boleh mengelirukan orang awam hendaklah diperbetulkan. Seperti cium kaki menjadi sujud atau sembah, berdoa di kubur menjadi sembah kubur, berzikir dengan pergerakan badan menjadi tarian atau berjoget. Penggunaan istilah yg tidak tepat inilah yang boleh menimbulkan fitnah. Sedangkan amalan-amalan tersebut ada dalil-dalil yg mengharuskannya.
5. Pergerakan badan dalam berzikir adalah diharuskan. Sekiranya pergerakan itu disifatkan sebagai tarian atau berjoget, soalannya adakah tarian dan berjoget itu haram atau sesat? Jika tidak, adakah tarian apabila disertakan zikir menjadikan ia sesat atau haram? Tarian yg haram atau zikir yg haram? Sesuatu yg bukan sunnah, tidak semestinya haram dan sesat. Isu ini pernah diulas dan dijawab oleh Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din. Sila cari dan rujuk kenyataan beliau.
6. Hubungan Habaib dan Naqshabandi. Setakat ini, cuma sekali sahaja Habib Syech dijemput mengalunkan Qasidah dan Selawat dalam majlis yang
Gambar untuk fitnah tariqat Syeikh Nazim Al Haqqani oleh puak pro Wahabi
diadakan oleh kumpulan Naqshabandi. Tuduhan menyatakan Habib Syech sebagai orang kanan Syeikh Hisham Kabbani jelas satu fitnah, tanpa siasatan dan hanya merujuk kepada sekeping gambar. Kalaulah dengan hanya gambar kita boleh menjatuhkan tuduhan kepada ulamak, ramailah ulamak yg kita akan tuduh mcm2 dengan sebab gambar.
7. Habaib dan para ulamak mengambil pendekatan mempertahankan para Syeikh Naqshabandi bkn kerana mereka juga ahli Naqshabandi. Tetapi mereka tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman sesat, syirik atau kafir kepada pihak yang tidak sama cara dengan mereka. Mereka meneliti dan mengambil kira perbezaan pendapat dan hujah-hujah yang dikemukakan.
Ustaz Moden : Hati-hati membuat tuduhan kepada ulama yang diiktiraf ulama besar dunia Islam… Yang banyak jasa sebar Islam di Eropah. Elok diam dari menolong sebar fitnah.

Jawapan Balas Artikel Fitnah Utusan Malaysia Terhadap Shaykh Hisham Kabbani Masalah Cium Qubur
Utusan Online
Jawapan balas kepada satu siri artikel berunsur fitnah dalam akhbar Malaysia
“MASALAH QUBUR BAHAGIAN SATU OLEH SHAYKH HISHAM KABBANI”
MENYENTUH KUBUR DAN MENGUCUPNYA KERANA RASA CINTA (MAHABBAH) DAN MENDAPATKAN KEBERKATAN (TABARRUK) ADALAH DIIZINKAN MENURUT IMAM AHMAD BIN HANBAL DAN BAHKAN DIHARUSKAN (MUSTAHAB)
Wahabi baru-baru ini telah menulis satu artikel di mana mereka menuduh saya bersujud di atas kubur dan ke arah kubur berdasarkan gambar yang mereka terbitkan dalam artikel akhbar dan video yang dihasilkan dan disiarkan di youtube. Semua dakwaan ini adalah tidak Islamik dan palsu bahkan kaedah tipikal Wahabi dalam mengganggu dan memanipulasi serta memesongkan kebenaran untuk membuat FITNAH DAN SERANGAN PERIBADI. Daripada perspektif Islam dan tuntutan shari’ah kita mesti tahu perkara-perkara dibawah yang berkaitan dengan pemalsuan dan pembohongan tersebut:
1. Mufti Ali Jumu’a (Allah memelihara beliau) berkata: penghormatan kepada seorang Muslim sepatutnya lebih baik daripada mengutuk dengan dasar apa yang dilihat mata atau didengari telinga melalui peralatan eletronik.Shari’ah mempunyai piawaian tertinggi dalam mengesahkan sesuatu. Dan Wahabi tertakluk kepada hukum itu seperti orang lain, mereka tidak berada di atas hukum-hakam tersebut. Allah berfirman: قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين “Qul hatu burhanakum In Kuntum sadiqeenn” “Katakanlah: Berikan kepada kami bukti dan kebenaran kamu jika kamu bercakap benar” (Al-Baqarah 2: 111). Dan semua orang tahu bahawa terbitan media adalah perkara yang paling mudah untuk dimanipulasi bagi mewakili kepalsuan dalam kesamaran kebenaran. Sebagai contoh: walaupun perbuatan yang boleh dihukum dilihat pada video, ia tidak dianggap sebagai bukti Shari’at, anda masih memerlukan empat saksi. Jika tidak penuduh itu dicambuk kerana menfitnah (qazf) dan dicap sebagai seorang FASIQ. Apatah lagi, apabila tidak ada bukti sahih terhadap tuduhan itu, sebaliknya yang ada ialah dakwaan tanpa nama dan gambar yang rosak, lalu disebarkan oleh si pengecut tanpa nama. Berhati-hati juga dengan saksi palsu (Shahadat az-zur) yang merupakan salah satu daripada lima dosa besar (Kiba’ir) selain syirik, pembunuhan dan pengkhianatan.
2. Tambahan pula, sujud yang didakwa itu kemungkinan bukan sujud sama sekali, walaupun ia kelihatan seperti bersujud, seperti mencari sesuatu di bawah kerusi, atau membantu menyarungkan Khuff (sarung kaki kulit) pada kaki Shaykh. Namun dari jauh ia kelihatan seperti sujud; atau tunduk seperti mencium tangan ibu bapa, atau masuk melalui pintu yang rendah. Ini disebut oleh Habib Ahmad Mashhur AlHaddad dalam kitabnya Miftahul Jannah. Jadi seseorang yang melihat dari jarak yang jauh mungkin menolak untuk memberi kebaikan dengan pendapat yang baik dan menyalahkan seorang Muslim yang tidak bersalah tanpa sebab. Ini berlaku apabila Khalifah Marwan ibn Abdul Malik satu hari datang dan melihat seorang lelaki meletakkan mukanya ke atas kubur Nabi (saw). Beliau mencengkam lehernya dan berkata, Adakah kamu tahu apa yang sedang kamu lakukan? Lelaki itu berpaling dan berkata, Ya, dan ia adalah Abu Ayyub Al-Ansari (r). Beliau berkata, “Kamu patut tahu bahawa aku datang kepada Rasulullah (saw), bukan kepada batu-batan ini. Tambahan pula, aku mendengar Rasulullah bersabda:” Jangan menangis atas agama selagi ia mempunyai pemimpin yang berkelayakan dan bertanggungjawab, tetapi menangis di atasnya apabila rakyat (ruwaybidha) mengambil alih! “Imam Ahmad meriwayatkan laporan ini di dalam Musnad, dan juga Majd Ad-Din Ibn Taimiyyah (datuk kepada Ahmad ibn Taimiyah) dalam bukunya “Hadis Nabi yang dipilih dengan penuh hati-hati”(Al- Muntaqa fi hadis al-Mustafa).
Perbuatan yang sama mencium kubur dan menangis di atasnya adalah diriwayatkan daripada tabiee besar Muhammad bin Al-Munkadir, yang digelar oleh Imam Sufyan ibn Uyaynah sebagai lautan kebenaran. Imam Adz-Dhahabi – yang dihormati dan dipuja Wahhabi- bahkan memaafkan seseorang yang sujud ke kuburan orang mati kerana rasa cinta, dengan berkata: “Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani, dan aku bersumpah dengan nama Allah, bahawa kaum Muslim hanya beremosi dan menangis dan mencium dinding dan menangis, kerana dia mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan BAHAWA CINTA ITU ADALAH SIFAT YANG MEMBEZAKAN ANTARA PENGHUNI SYURGA DAN PENGHUNI NERAKA! ”
3. Imam Abdullah bin Ahmad, anak kepada Imam Ahmad bin Hanbal, bertanya kepada bapanya: “Apa pendapat kamu tentang seseorang yang menyentuh mimbar Nabi (saw) dan cuba untuk mendapatkan berkat (tabarruk) dengan menyentuhnya, dan menciumnya; dan dia melakukan perkara yang sama terhadap kubur, atau apa-apa lagi yang sejenis, memohon untuk lebih mendekati Allah?” IMAM AHMAD menjawab: “TIDAK ADA YANG salahnya” (La ba’sa bihi). Ini diriwayatkan di dalam kitab Imam Ahmad “Al-‘Ilal wa Ma’rifat Ar-Rijal” Jilid 2 halaman 492, dan dalam “Almu’jam Al-Kabir” Imam Dhahabi jilid 1 halaman 73 – edisi Saudi. Kemudian Adh-Dhahabi berkata, “Tunjukkanlah kepadaku si bodoh yang akan mengkritik Imam Ahmad! SEMOGA ALLAH MELINDUNGI SAYA DAN ANDA DARIPADA KESESATAN DANBID’AH KHAWARIJ.”
Lihatlah bagaimana Abu Musa Al-Asy’ari dan Imam Dhahabi memanggil orang yang sebegitu – SEPERTI WAHHABI PADA HARI INI – SI SESAT YANG TIDAK BERKELAYAKAN, PEMBERONTAK, BODOH, KHAWARIJ, DAN PENGHUNI NERAKA. Khawarij adalah mereka yang ekstremis yang fanatik yang memecahbelahkan ummah, selalu menjatuhkan orang Islam yang lain dan memerangi mereka, di masa lalu dan di zaman kita.
4. Ibn Muflih al-Hanbali berkata dalam ensiklopedia tentang fiqh berjudul “Al-Mubdi'” (Kitab rujukan yang luar biasa) dalam fiqh Hanbali – jil. 2 halaman 281: “Adalah mustahab (wajar) untuk seseorang membuat ziyarah untuk berdiri di hadapan kubur, sehampir boleh seperti jika dia menziarahinya ketika waktu hidupnya. Dan dibenarkan untuk menyentuh kubur dengan tangan-Nya, kerana ia sama seperti berjabat tangan pada waktu hidup, terutamanya jika beliau berharap untuk mendapatkan kebaikannya (barakah). Perkara yang sama terdapat dalam Kitab faqih Mar’i Al-Karmi al-Hanbali “Ghayatul Muntaha” jilid 1, halaman 259.
5. Mencium kubur ibu bapa adalah dibenarkan dalam mazhab Hanafi. Ini jelas dinyatakan dalam ensiklopedia bagi fatwa dipanggil “Fatawa Hindiyyah”, juga dikenali sebagai “Fatawah Alamjiriyyah”, dan di dalam ulasannya pada Mishkat al-Masabih oleh Abdul Haqq Muhaddith Dihlawi bertajuk “Ashi’atu al-Lama’at” bab pengebumian. Tambahan pula Imam Nawawi berkata, seorang Shaykh adalah lebih penting daripada bapa kandung. Beliau berkata demikian di dalam bukunya “At-Taqrib wat Taysir fi-Marifati Sunan al-Bashir an-Nadhir”. Oleh itu Shuyukh kita lebih berhak mendapat kasih sayang dan penghormatan kita dalam kehidupan ini, dan selepas kematian mereka. Allah berfirman, بل أحياء عند ربهم يرزقون “Bal Ahya’un ‘inda rabbihim yurzaqun” “Bahkan, mereka masih hidup di sisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki” (Al Imran 3: 169).
Semoga Allah Subhan wa taala menyelamatkan Malaysia dan semua negara-negara Islam daripada FITNAH AL WAHHABIYYA dan kebatilan mereka. Semua Mufti besar sebelum ini dan Ulama yang benar pada zaman kita telah memberi amaran terhadap Wahhabiyya seperti Sayyid Ahmad Zayni Dahlan, Sayyid Alawi bin Taher Al Haddad Mufti Johor, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Allamah al-Sawi, Sayyid Yusuf bin Hashim al-Rifai, Allama Muhammad Amin Abidin al-Shami, Sayyid Zayn bin Sumayt dan banyak lagi yang lain. Sudah tiba masanya sekarang untuk memberi amaran terhadap mereka sekali lagi dan ini adalah jihad yang sebenar untuk mempertahankan kalimah yang Haqq terhadap jawr (jenayah) dan batil (yang salah). Tetaplah bersama Ahlus Sunnah wal Jamaah, perlu menghormati Ahl al-Haqq dan Tasawwuf, pelihara cinta kepada Ahlul Bayt, berzikir dan Salawat, menjaga Silatur Rahm dengan Awliya sama ada dalam Dunya atau Barzakh, berpuasa dan sembahyang, dan membuang fitnah dan mereka yang menfitnah yang cuba untuk memecahbelahkan ummah.
Ini merupakan satu jawapan bantahan dengan segera tetapi kami mempunyai lebih banyak dan banyak lagi bukti-bukti yang akan diterbitkan dalam masa yang sewajarnya mengikut keperluan InsyaAllah. Nabi (saw) menyifatkan guru-guru palsu sebagai serigala menyamar menjadi kambing dan baginda berkata Allah subhuan wa taala berkata mengenai mereka, “Adakah guru-guru palsu tidak takut kepada aku? Adakah mereka cuba untuk memprovokasi aku?”
Dan Allah berfirman:
بل نقذف بالحق على الباطل فيدمغه
فإذا هو زاهق ولكم الويل مما تصفون
Sebenarnya Kami melontarkan perkara benar terhadap perkara yang salah, dan ia menghentak sehingga terkeluar otak, dan serta-merta kepalsuan itu lenyap! Ah! kecelakaanlah bagi kamu (atas kepalsuan) yang kamu sifatkan (kepada Kami) (al-Anbiya 21:18). Walhamdu lillahi Rabbil Alamin.
Khadam Ilmu
MUHAMMAD HISHAM AL-KABBANI AL-HASANI AL-HUSAYNI AL-SHAFII AL-NAQSHBANDI

[ISU ZIKIR MENARI/BERGOYANG/BERGERAK] MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH
[ISU ZIKIR MENARI/BERGOYANG/BERGERAK] MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH:
[BY : USTAZ ZAMIHAN AL GHARI~ASWAJA].
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberikan penjelasan pada 20 April yang lalu mengenai perkara ini. Namun nampaknya ada tangan-tangan jahat yang suka membangkitkan kembali fitnah dan tohmahan ini kembali kerana hasad dengki kepada amalan tarekat yang ada dinaskan dan dipersetujui ulamak muktabar.
Sila rujuk penjelasan :
1. MSTAR : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/20/zikir-goyang-badan-majlis-fatwa/
2. SINAR HARIAN : http://www.sinarharian.com.my/nasional/zikir-sambil-goyang-badan-tidak-dilarang-1.381718
3. ASTRO AWANI : http://www.astroawani.com/video-malaysia/penjelasan-majlis-fatwa-kebangsaan-isu-gst-zikir-menari-dan-konsert-55740
Begitu juga Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menerbitkan penjelasan mengenainya. Artikel ini juga boleh didapatkan juga di dalam Majalah At-Tariq (Bil. 17) terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (lhat gambar)
Antara para Alim Ulamak Ahlus Sunah Wal Jama’ah yang membenarkan zikir menari/bergerak kerana tawajjud (penghayatan).
1. Imam Ahmad bin Hanbal (Al-Hadaiq : 165)
2. Imam Abu Nu’aim meriwayatkan daripada Imam Fudhail bin ‘Iyadh bahawasanya para sahabat r.a. ketika berzikir kepada Allah, maka mereka akan bergerak-gerak (tamayul) sebagaimana geraknya pohon ditiup angin kedepan dan ke belakang”. [Tartib Al-Idariyyah: 2/143]
3. Imam al-Baihaqi (Al-Adaab lil Baihaqi : 422)
4. Imam ar-Ramli (Nihayah al-Muhtaj, ar-Ramli : 8/298)
5. Imam as Suyuthi (al-Hawi lil Fatawi)
6. Syaikh Islam Sirajuddin al-Balqini,
7. Al-‘Allamah Burhanuddin al-Abnasi,
8. syaikh Islam Izzuddin bin Abdissalam (Al-Hawi lil Fatawi, as-Suyuthi : 3/349)
9. Imam Abdul Hayy al-Kattan ( At-Taratib al-Idariyyah, al-Kattani : 2/143 )
10. imam al-Ghazali (Ihya Ulumuddin, al-Ghazali : 2/266)
11. Dr Malik Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi (al-Bid’ah fil Mafhum al-Islami ad-Daqiiq)
Antara penulisan asatizah yang bagus untuk dibaca mengenai zikir menari ini :
1. TARIAN MENURUT 4 MAZHAB – http://www.aswj-rg.com/2014/02/hukum-ar-raqsh-tarian-menurut-ulama-empat-madzhab-dan-jawapan-buat-asrie-sobrie.html
2. SEBAHAGIAN PERKATAAN IMAM AHMAD BIN HANBAL –
http://jomfaham.blogspot.com/2010/01/sebahagian-perkataan-imam-ahmad-bin.html
3. ZIKIR BERJOGET – http://al-amindaud.blogspot.com/2009/05/zikir-berjoget.html
4. ANALISIS ILMIYYAH ZIKIR MENARI – http://www.aswj-rg.com/2015/04/analisis-ilmiah-10-kesilapan-dalam-artikel-dr-zulkifli-bakri-isu-zikir-menari.html
5. PERBAHASAN ZIKIR HADRAH – http://pondoktampin.blogspot.com/2015/04/secebis-perbahasan-zikir-hadrah.html
Wallahua’lam bissawab.

[Jawapan Fadhilatu al-Allamah Dr. Ali Jum’ah seputar isu berkenaan Tariqat Naqsyabandi al-Haqqani, Syaikh Nazim Haqqani, zikir menari dan mengucup kaki guru]
[Jawapan Fadhilatu al-Allamah Dr. Ali Jum’ah seputar isu berkenaan Tariqat Naqsyabandi al-Haqqani, Syaikh Nazim Haqqani, zikir menari dan mengucup kaki guru]
1) Berkenaan mengucup kaki, ianya warid dalam Sunan Abi Daud[1], bahawa rombongan (kabilah)Abdul Qais, mengucup tangan Nabi dan kakinya, akan tetapi ianya tidak menjadi kebiasaan para sahabat untuk melakukan sedemikian, oleh kerana itu, terutamanya ketika berlakunya kekeliruan,dan berlakunya fitnah, tidak digalakkan untuk melakukan sedemikian. Namun ianya dibolehkan, dari sudut waridnya(sabit dalil) perkara tersebut, seperti kisah rombongan Abdul Qais tadi. Dan perbuatan mencium/mengucup tersebut adalah satu bentuk penghormatan, akan tetapi sekiranya ianya dijadikan kebiasaan, dan dilakukan dihadapan orang awam sehingga tampak seolah-olah ia sujud kepadanya, maka akan berlaku fitnah di atas fitnah, maka ini bukanlah daripada kebijaksanaan, dan bukan daripada hikmah.
2) Berkenaan isu penyebaran video-video tersebut di Youtube dll, saya kira ianya tidak boleh sekali-kali dijadikan sumber bagi pengetahuan/penghukuman, kerana manipulasi, penyelewengan potongan(cut) dan pengubahan terhadapnya merupakan satu perkara yang mengerikan, sehingga ianya membenarkan apa yang telah disabdakan Nabi SAW, “dan makin banyak tersebar penipuan”, mereka memotong-motong video, kemudian memain-mainkan(menokok tambah), sehingga orang ramai menyangka bahawa ia melihatnya dengan matanya, sedangkan tidak sama sekali..
Pada awal-awal dahulu, kita ada mengatakan, selidiklah /pastikanlah dengan apa yang kamu dengarkan, dan janganlah kamu mendahulukan apa yang kamu dengar berbanding apa yang kamu lihat, sehinggalah munculnya Youtube dan sebagainya, maka kini kita mengatakan, tidak, selidiklah pada setiap apa yang kamu dengar dan juga setiap apa yang kamu lihat. Kerana ianya bukanlah penglihatan yang mempamerkan kebenaran, sebaliknya ia melihat satu perkara, yang boleh jadi, dan memang pada kebanyakannya, ianya direka-reka / dimanipulasi.
3) Berkenaan keadan-keadaan yang berlaku pada orang-orang yang berzikir(seperti menari, meloncat) sekiranya hal-hal tersebut adalah benar-benar berlaku tanpa disengajakan/dibuat-buat, maka ia tidak tertakluk dengan hukum taklifi. Iaitu seperti seorang lelaki yang masuk(hadhrah zikir), tidak mampu menahan perasaannya, sehingga kelihatan berlaku pada dirinya hal-hal tersebut(tanpa disengajakan).
Dan hal-hal seumpama ini bukanlah menunjukkan kesempurnaan, kerana golongan yang sempurna(sampai ke martabat kemuncak dan tinggi di sisi Allah), tidak zahir pada mereka keadaan-keadaan ini. Oleh kerana itu kita tidak melihat perkara seperti ini pada para sahabat, tidak juga pada golongan tabiin, akan tetapi ianya zahir(setelahnya) ketika munculnya hati-hati yang sempit, yang menampung banyaknya makrifat-makrifat yang melimpah pada hati seorang ‘arif, maka keseimbangan dirinya menjadi tempang tak terkawal, maka ini adalah hal kekurangan, dan bukan hal kesempurnaan, dan bahawasanya, ia ketika itu hilang kendalian akalnya, tidak mampu mengawal dirinya.
Sebaliknya sekiranya ia melakukannya secara sengaja, seperti dengan bergerak-gerak/menari dalam keadaan ia mengikut-ikut dan buat-buat seolah-olah ia berada dalam keadaan(zauq), maka ianya haram, kerana ia meniru-niru dan buat-buat, dalam keadaan ia pada hakikatnya tidak berada dalam hal tersebut. Maka ia termasuk dalam bab riya’ dan sum’ah wal’iyazubillah, dan ini adalah sebaliknya daripada apa yang menjadi tujuan ahlullah daripada tasawuf dalam perkara ini..
4) Berkenaan soalan tentang individu tertentu, bahawa fulan dan gurunya fulan, adakah mereka berada pada jalan naqsyabandiyah yang asli, perkara ini memerlukan kajian yang dalam, perlu untuk meneliti kitab-kitab mereka, begitu juga kitab-kitab tariqat mereka, kemudian kita lihat, adakah di sana ada kesilapan/kesesatan, dan adakah kesesatan ini pada sebahagian aspek pengamalan mereka, dan adakah ianya bertentangan dengan syariat, dan sebagainya… dan maklumat tentang perkara ini masih belum cukup pada kami(untuk menghukum).. kerana ianya memerlukan kajian yang menyeluruh p
ada perkara-perkara tadi(sebelum menghukum)..
Akan tetapi kami mempunyai pandangan secara umum, iaitu bahawasanya setiap yang makin hampir tariqatnya dengan sunnah Nabi SAW, dan berpegang teguh dengannya, maka ianya adalah satu perkara yang baik dan utama dan lebih perlu untuk dijaga..
Dan apa yang kami lihat ketika berjumpa Syaikh Nazim di Amerika, bahawa beliau sangat berpegang teguh dengan sunnah, sampai tahap bahawa beliau tatkala habis menunaikan solat sunat fajar, beliau baring sebentar di atas lambung kanannya, untuk mendapatkan pahala sunnah(sepertimana warid dalam hadis-hadis), sedangkan beliau ketika itu di masjid, beliau baring sebentar pada sisi kanannya, kemudian beliau bangun.. Maka personaliti seperti ini, iaitu yang teguh dengan sunnah, bahkan sunnah ini adalah perkara yang halus dan sering diabaikan orang, yakni amalan setelah solat sunnat fajar, ia baring sebentar pada sisi kanannya, untuk mencontohi Rasulullah SAW, perkara ini mengharuskan kita untuk benar-benar menjaga diri untuk tidak celupar berkata-kata tentang dirinya dengan merendah-rendahkannya dan seumpamanya.. Rahimahullah ta’ala.
.
-Fadhilatu al-Allamah as-Syaikh Dr. Ali Jum’ah hafizahullah.
[1] Hadis Riwayat Imam Abu Daud no. 5227
Petikan Video
[Jawapan Fadhilatu al-Allamah Dr. Ali Jum’ah seputar isu berkenaan Tariqat Naqsyabandi al-Haqqani, Syaikh Nazim Haqqani, zikir menari dan mengucup kaki guru]
Moga Allah merahmati dan meredhai guru-guru kita
Kenali Dr Ali Jum’ah ulama Al Azhar. Mufti Besar Republik Arab Mesir.
ms.wikipedia.org/wiki/Ali_Jum%27ah

Analisa Serangan Wahabi Terhadap Sheikh Hassan As Saqqaf dan Dr Zamihan
Analisa Serangan Wahabi Terhadap Sheikh Hassan As Saqqaf dan Dr Zamihan Al Ghari.
Tuduhan terhadap Sheikh Hassan As Saqqaf (SHAS) salah seorang guru Dr Zamihan Mohd Zain (DZMZ) dibuat oleh beberapa tokoh pro wahabi seperti Dr Asri Zainal Abidin yang menuduh sebagai syiah.
Hassan As Saqqaf adalah Syiah – Dr Asri https://youtu.be/kqkPuj9JhnE
Ia bagaikan kesinambungan antara murid SHAS iaitu Dr Zamihan dengan pemuja Nasiruddin Albani iaitu Dr Asri atau MAZA yang mana kedua tokoh ini pernah hidup sezaman. Buku SHAS menulis penyelewengan Albani dalam bab hadis telah mendapat pujian ramai ulama.
Kekeliruan Albani ada diulas di sini http://www.idrusramli.com/2013/akhirnya-aku-tak-lagi-percaya-pada-syaikh-nashiruddin-al-albani/
Tuduhan ini juga mungkin sebagai tindak balas atas kegigihan Dr Zamihan membongkar kesesatan wahabi yang dinamakan semula atas nama salafi sebagaimana beliau banteras ajaran syiah dan ajaran sesat yang lain.
Selain itu kalangan wahabi yang turut menulis menyerang DZMZ antaranya Abdul Razak Mutalib dan Mohd Khairul Anwar yang pernah ditolak permohonannya mendapatkan tauliah dan turut dikaitkan dengan wahabi. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SERTA IJN menjadi lokasi konvensyen atau pendakwah wahabi ini. Walau gagal menarik penonton yang ramai seperti gambar di sini https://m.facebook.com/drfathulbari/
Dengan menyerang Syeikh Hassan As Saqqaf maka automatik Dr Zamihan yang lantang menentang puak ajaran sesat dan terrorist akan musnah imejnya dan tidak mustahil beliau pasti akan terkeluar dari bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN dan lebih tidak mustahil dia akan dikenakan tindakan atas jawatannya sebagai penjawat awam yang dipinjamkan dari JAKIM.
Sedangkan semua tahu bahawa fahaman wahabi adalah punca militan timbul di dunia apabila mereka mengkafirkan orang Islam tanpa hujjah yang haq. Membiarkan Zamihan seperti membiarkan mereka ditahan atau dikenakan tindakan kerana membawa fahaman yang radikal hingga boleh menjadikan rakyat memandang hina orang Islam majoriti yang berpegang mazhab Syafie di negara kita.
Untuk makluman Dr Zamihan orang bertanggungjawab memulihkan militan ajaran sesat di Malaysia dan terlibat dengan undang undang militan / terrorist. Dan bekerja rapat dengan pihak keselamatan Malaysia untuk memerangi militan dan terrorist termasuk telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk tujuan pemulihan militan.
Kenapa serangan ini begitu hebat ?
Sinonim antara militan dengan wahabi maka tidak pelik kenapa individu lantang berasal dari Gua Musang Kelantan ini diserang tanpa henti. Dengan kejayaan Zikir Perdana menghimpunkan seramai 20,000 peserta dari pelbagai Tarekat Muktabar pada 7 Nov 2015 di Masjid Putra ( http://www.hmetro.com.my/node/91533?m=1#foto), selain NGO Aswaja yang sering keluar kenyataan menentang kesilapan wahabi di media sudah tentu penangan Zamihan ini sangat menggerunkan musuh yang bukan sahaja gagal menjawab dengan ilmiah bahkan gagal melontarkan fitnah.
Tulisan mereka banyak memutarbelitkan fakta untuk menegakkan fitnah. Program mereka juga tidak mendapat sambutan berbanding NGO Aswaja mempunyai jaringan tok guru pondok mufti ketua jabatan agama dan ulama Malaysia seluruh negara dan kekuatan inilah yang digeruni oleh puak wahabi.
Siapa Hassan As Saqqaf ?
Beliau antara ulama di Jordan yang dari keturunan Saidina Ali Karramallahuwajhah. Ertinya dari keturunan Rasulullah saw. Dalam hujjah wahabi mereka mengaitkan beliau dengan syiah bahkan menuduh buku terjemahan Sifat Solat Sahih Nabi tulisan SHAS telah terjual lebih 100,000 naskhah. buku ini juga disemak oleh beberapa tokoh akademik / ulama sebelum diterbitkan.
Selain itu SHAS juga menafikan beliau Syiah seperti video berikut :
Watch “Hasan Al-Saqqof nafi tuduhan Muktazilah dan Syiah” on YouTube – https://youtu.be/vxwZQwySYqk
Rupanya SHAS juga pernah mengajak untuk berbahas dengan tokoh pujaan Dr Asri yang banyak daif hadis Imam Bukhari Dan Imam Muslim nama Albani namun ditolak oleh Albani seperti video ini di sini http://www.sarkub.tv/2013/12/syaikh-hasan-seggaf-vs-syech-albani.html?m=0
Siapa Zamihan sebenarnya ?
Ustaz Zamihan Al-Ghari pegawai JAKIM dipinjamkan ke bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN adalah antara pejuang Ahlus Sunnah Wal Jamaáh yang berani di Malaysia. Ibaratnya jika di pandang bola, lebih ramai defender, tetapi beliau berperanan seperti striker.
Sebenarnya niat jahat MAZA, Salman Ali. Khairil Anwar dan sekutunya kepada Ustaz Zamihan adalah untuk mengaitkannya dengan SYIAH.
Dan ada juga video edit yang diguna berulang kali untuk memburuk-burukkan ustaz ini yang sebenarnya setiap editan itu perkataan bodoh dan jahil ditujukan kepada tokoh Wahhabi di Malaysia yang berani mengkafir, mensyirik dan membidáh sesatkan majoriti ulamak dan umat Islam.
Bab marah kita dilarang marah kecuali kerana Allah. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Demi Allah, Baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang baginda hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar, maka baginda akan marah kerana Allah.” (Riwayat al-Bukhari).
Maka kemarahan Dr Zamihan bukan kerana peribadi namun kerana wahabi menolak pegangan majoriti ulama dan mengambil pandangan yang ganjil sebagai panduan. Termasuk bab akidah. Nauzubillah.
Berbalik kepada cubaan mengaitkan Ustaz Zamihan dengan Al Saqqaf seolah-olah itu sahaja yang menjadi guru ustaz Zamihan.
Bila kita cermati dan teliti pengakuan Ustaz Zamihan di dalam blog beliau : http://al-ghari.blogspot.my atau FB beliau https://m.facebook.com/zamihan/
Guru-gurunya yang lain adalah : Tuan Guru Haji Mohd Nawi Syafie, Tuan Guru Haji Musa, Syeikh Abdullah Ali Fawwaz, Syeikh Abdul Malik Sa’di, Syeikh Jamil Saqar, Dato’ Salleh Ahmad, Dato’ Hashim Yahya, Dato Hasan Ahmad, Mufti Penang dan ramai lagi.
Lihat penjelasannya Hal ini – https://www.facebook.com/zamihan/posts/785082631517478
Ini menunjukkan lebih ramai lagi alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaáh yang mempengaruhi dan mencorakkan pemikiran dan sahsiah Dr Zamihan Al Ghari.
Jadi amat jahat sekali tuduhan beberapa individu di atas.
Dalam masa yang sama agak pelik, sebab Mufti Perlis Dr MAZA mengagungkan juga Ben Baz, Al Albani, Sholeh Uthaimin yang terlibat mengkafirkan majoriti ulamak dan umat Islam, bahkan Imam An Nawawi, Imam Ibnu Hajar al Asqolani juga turut dikeluarkan dari Ahlus Sunnah Wal Jamaáh menurut ulamak Wahhabi. Dan Dr Asri pernah menyatakan Syiah perlu dibenarkan beramal dengan ajaran mereka di Malaysia apabila polis dan JAIS menahan pengikut Syiah di Gombak.
Jika benar DZMZ syiah kenapa beliau sendiri membuat pendedahan mengenai penyelewengan Syiah?
UNTUK MAKLUMAN Dr Zamihan telah menerangkannya pada Majlis Penjelasan Fatwa di Pusat Islam pada 31.10.2013 dan tulisan tersebut telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, yang anda boleh dibaca di sini – http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/muat%20turun/SYIAH%20TERKINI%201.pdf
Seminar, program mengenai kebatilan syiah, wahhabi, anti hadith, pluralisme, liberalisme, terrorisme anjuran agensi kerajaan, jabatan-jabatan agama banyak yang menjemput beliau sebagai pembentang/penceramah kerana kepakarannya.
Radikal Wahhabi semakin menjadi-jadi, apatah lagi sejak akhir-akhir ini kebangkitan Ahlus Sunnah Wal Jamaáh semakin terserlah dengan [program dakwah Majlis Cinta Allah dan Rasul, Pengajian Kitab secara bertalaqqi dan bersanad, kewujudan PERTAMA (Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia) yang telah mengadakan program pertama iaitu ZIKIR PERDANA pada 7hb November 2015 Begitu mendapat sambutan umat Islam.
Begitu juga radikal Wahhabi ini tergugat apabila banyak bukti kegiatan ekstrimis seperti IS akarnya adalah dari ajaran Wahhabi.
Kita doakan agar perjuangan Ustaz Dr Hj Zamihan ini diberkati Allah, diberi penolong yang berani dan setia, serta kekal thabat dalam mempertahankan Ahlus Sunnah Wal Jamaáh di Malaysia.
Lampiran 1
JAWAPAN Dr Zamihan isu kafirkan Nik Aziz
1. Zamihan tidak pernah sesekali MENGKAPIRKAN TG Nik Aziz atau mana2 individu tanpa sbb yg tidak dibenarkan hukum syarak. Wallahi, wa billahi, Wa tallahi Si Asri seorg Mufti Pembohong Besar. Maka celakalah dirinya atas fitnah yg dicetuskannya.
2. Asri kelihatan sarsar dan kehilangan arah apabila cuba mengaitkan saya mengkapirkan TG Nik Aziz semata2 dgn menonton satu video pendek. sebenarnya isu takfir memerlukan hujah dan pdetailan ttp Si jahil ini benar2 naif dlm menilai dan membuat kesimpulan tuntas.
Selain itu, Asri juga buta mata dan hati utk mengetahui hakikat bahawa saya juga pernah berguru dgn TG Nik Aziz dlm tafsir al Quran dan talaqqi slpas subuh menerusi kitab Haqaiq An Tasawuf karangan Syeikh Abd Qader Isa lebih dari 3 tahun di Pulau Melaka. Saya juga pernah mengganti arwah TG Nik Aziz menyampaikan kuliah maghrib dan subuh di pulau Melaka melebihi 30x… Adakah logik jika saya bertindak mengkapirkan Tok Guru saya sendiri tanpa hak? Lu pikirlah sendiri.
3. Asri mula gelabah apabila saya mengkritik fatwa lucu Perlis tntg zikir menari yg didakwa oleh pakar2 pentaksub wahhabi sbg menyalahi hukum syarak. Beliau jelas meroyan dan Kepanasan. Proses pendidihan maxima d suhu otaknya menjadikan beliau nanar dan cuba mencari apa jua kekurangan saya…supaya saya kelihatan seorang penjahat, pengganas dan paling penting dibenci oleh ahli PAS. Adakah matlamat Asri menghalalkan cara.? Hayhata.
4. Ajaran Wahhabi jelas radikal dan ekstremis. Mereka sanggup melakukan assasination ke atas sesiapa sahaja yg mengkitik mereka termasuk saya. Tetapi bila diajak debat…mereka menikus dan dayus. Termasuk Muftin Perlis.
Ayuh kita bersemuka dan berdiskusi mencari kebenaran tanpa sebarang syarat. Hubungi saya : 012 213 5518 24 jam. Ada brannn!

Fatwa Perlis anak tidak sah taraf canggah Fatwa Kebangsaan
AYER KEROH – Pusat Perkhidmatan BN Negeri Melaka (Pembela BN) mencadangkan supaya undang-undang syariah mengenai status anak tidak sah taraf di setiap negeri diseragamkan agar tidak berlaku kekeliruan di kalangan umat Islam terutama yang berdepan masalah sedemikian.
Pengarahnya, Amir Hamzah Aziz berkata definisi anak tidak sah taraf mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan adalah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
Menurutnya, ketika ini, Majlis Fatwa Perlis menetapkan anak yang lahir kurang enam bulan selepas ibunya berkahwin boleh dibinkan kepada suaminya, kecuali jika dinafikan si suami.
“Sedangkan mengikut majlis fatwa kebangsaan, anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh memusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali,” katanya ekoran Pembela BN Melaka menerima banyak kes seumpama itu di negeri ini.
Beliau berkata, perkara ini perlu diberikan pemahaman sejelasnya kepada rakyat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
“Sekiranya boleh digunakan pakai seperti Perlis justeru masing masing akan lari ke Perlis untuk mendaftar dan Majlis Fatwa Peringkat Kebangsaan perlu menyelaraskan supaya setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan yang sama.
“Penyelarasan ini memudahkan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) supaya sekiranya fatwa berkenaan boleh digunakan pakai, pihak berkenaan boleh mendaftarkan anak berstatus sedemikian,” katanya.
Sementara itu, Mufti Melaka, Dr Mohd Muhadis Yasin turut menjelaskan negeri ini masih menggunakan pakai fatwa diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Anak yang dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh), ia tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.
“Anak itu juga tidak boleh pusaka memusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/selaraskan-status-anak-tak-sah-taraf-1.333079
Shahidan jangan cuba menggunakan nama YAB TPM dalam isu ini. Kerana belum ada sebarang kenyataan ditemui berkaitan dengannya.
Ini bukan kali pertama Perlis pro wahabi bercanggah pandangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bahkan isu zikir menari juga Ia berbeza dengan Mufti yang lain seperti ditulis oleh Dato Zainul Rijal Abu Bakar di sini
Adab berbeza pandangan
OLEH DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
05 November 2015 4:00 PM
PERBINCANGAN mengenai perkara cabang dalam isu agama semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam ketika ini. Pada asasnya ia positif kerana dapat meningkatkan pemahaman kepada aspek agama itu sendiri. Namun sudah lumrah apabila bercakap tentang perkara cabang pasti akan muncul perbezaan pandangan sama ada dalam kalangan agamawan apatah lagi khalayak awam.
Perbezaan pandangan dalam isu khilafiah ini perlu diuruskan sebaik mungkin agar tidak menjadi barah dalam kalangan masyarakat Islam. Perkara pokok atau utama sudah disepakati bahawa perbezaan pandangan tidak boleh dibenarkan. Umpamanya dalam isu keesaan Allah tidak boleh ada perbezaan pandangan, begitu juga dengan kedudukan dalil-dalil yang bersifat definitif atau qatie perlulah diterima seadanya.
Namun fleksibiliti diberikan di dalam perkara cabang dengan meraikan pandangan yang berbeza selagi tidak melibatkan perkara akidah ataupun perkara pokok. Walaupun demikian penulis perhatikan terdapat kegagalan dalam kalangan orang Islam meraikan perbezaan pandangan sama ada pandangan antara mazhab atau ulama di sesuatu tempat.
KEGAGALAN RAI PERBEZAAN
Terkini apabila Mufti Kerajaan Negeri Perlis mengeluarkan fatwa zikir menari adalah haram di sisi hukum syarak, tetapi Mufti Negeri Sembilan pula memfatwakan sebagai harus. Maka, hebohlah seluruh negara membincangkan perkara ini dengan masing-masing memberi pelbagai hujah sama ada menyebelahi Mufti Perlis atau Mufti Negeri Sembilan.
Saya mengakui bukanlah seorang yang layak membincangkan hal fatwa ini kerana tidak mempunyai kelayakan formal di dalam bidang agama dan tidak ada kuasa memberi pandangan berkaitan hukum. Tetapi apa yang ingin dikupas di ruangan ini ialah dari sudut menguruskan perbezaan pandangan ataupun adab al ikhtilaf.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak perbezaan pandangan muncul dalam Islam. Ini sepatutnya bukan merupakan kelemahan tetapi kekuatan untuk agama Islam itu sendiri.
Sudah lazim kita ketahui terdapat empat mazhab fikah yang besar di dalam Islam iaitu Mazhab Shafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi. Kemunculan empat mazhab besar ini menzahirkan simbol perbezaan pandangan dalam kalangan ulama. Malah Imam Shafie pun mempunyai perbezaan pandangan yang disebut sebagai qaul al qadim dan qaul al jadid.
Dahulu perbezaan pandangan antara mazhab dan ulama ini diraikan dengan baik. Tidak timbul sumpah seranah, momokan atau hinaan terhadap suatu pandangan yang asing bagi seseorang itu. Namun sejak kebelakangan ini hilangnya penghormatan terhadap perbezaan pandangan ini semakin menjadi-jadi.
Perbezaan pandangan sebegini bukan hanya terjadi di dalam agama Islam sahaja. Kristian umpamanya juga mempunyai perbezaan dalam kalangan pengikutnya yang mengakibatkan munculnya pelbagai aliran Kristian seperti Katolik, Protestan, Ortodoks, Methodist dan banyak lagi.
Namun mereka semua mengakui mereka adalah Kristian. Antara perbezaan yang sangat ketara ia perayaan Krismas yang disambut pada 25 Disember setiap tahun.
Sayas dimaklumkan penganut Kristian Ortodoks tidak menyambut perayaan tersebut pada 25 Disember tetapi pada 7 Januari. Perbezaan sambutan selama dua minggu ini tidak menjadi masalah besar kepada penganut Kristian.
Bagi kalangan umat Islam pula apabila umat Islam di Malaysia menyambut hari raya lebih dahulu daripada umat Islam di Indonesia umpamanya ataupun sebaliknya pelbagai reaksi diperoleh dengan menghujahkan tidak ada kesatuan di dalam agama Islam.
TIDAK PERLU DIPERBESARKAN
Islam mengajar menghormati perbezaan pandangan dalam perkara berkenaan. Mungkin sebahagian golongan tidak lunak duduk bersama dengan orang yang berbeza pandangan dengan mereka tetapi haruslah disedari perbezaan pandangan inilah yang menjadikan agama Islam itu lebih anjal dan dapat diterima pelbagai lapisan masyarakat.
Di dalam kitab Jaami Bayan al ilm, Umar Abdul Aziz berkata: “Tidak aku sukai jika para sahabat tidak berbeza pendapat kerana jika mereka semuanya mempunyai pandangan yang sama maka manusia akan berada dalam kesempitan.”
Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Mohd. Zin pernah menggariskan adab-adab berbeza pandangan di dalam perkara khilafiah di mana beliau merangkumkan ke dalam empat perkara besar iaitu:
Perbezaan pendapat janganlah membawa kepada perpecahan umat Islam.
Perbezaan pendapat dalam perkara ijtihad adalah perkara biasa dalam Islam, tetapi janganlah sampai merosakkan kasih sayang dan perpaduan umat Islam.
Menjaga hak-hak persaudaraan Islam
Hasan al-Banna menegaskan: “Perbezaan pendapat dalam masalah furu’ (cabang) tidak boleh dijadikan sebab untuk berpecah dalam agama yang membawa kepada permusuhan dan pertengkaran kerana setiap mujtahid ada ganjarannya.
Menghormati pendapat berbeza
Imam al-Shafie adalah antara tokoh yang sangat terbuka, bertoleransi dan menghormati pendapat serta pandangan orang lain. Beliau sangat terkenal dengan ungkapannya ‘pendapat kita betul, ada kemungkinan ia salah dan pendapat orang lain salah, ada kemungkinan betul.’
Boleh dianggap taksub melulu dalam kalangan umat Islam sekiranya terlalu menghendaki orang lain menerima pendapatnya. Kerana mereka percaya pendapat mereka sahaja yang betul, manakala pendapat orang lain semuanya salah dan tidak menepati kebenaran.
Golongan ini lupa bahawa pendapat mereka hanya satu ijtihad sahaja. Ijtihad mereka hanya merupakan satu pandangan yang boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Oleh itu kenapa mereka fanatik dan memperbodohkan pendapat orang lain. Adakah mereka dijamin ismah (tidak melakukan kesalahan) seperti Rasulullah SAW.
Tidak menggunakan perkataan keras dan kasar
Orang Islam hendaklah menjadi orang beradab dengan adab-adab Islam dan berakhlak dengan akhlak-akhlak al-Quran dan al-Sunah. Antara adab dan akhlak tersebut ialah mengelakkan daripada membuat dakwaan palsu dan tuduhan liar dalam ucapan dan tulisan. Kata-kata kesat dan kasar boleh ‘meliarkan’ orang ramai. Gunakanlah perkataan yang lembut dan membuat takwilan yang wajar dan munasabah.
Menguruskan perbezaan pandangan ini amatlah penting bagi umat Islam kerana kegagalan menguruskannya mungkin akan menyebabkan umat Islam terjerumus ke kancah perpecahan.
– See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/agama/adab-berbeza-pandangan-1.154949#sthash.5Y23MshL.dpuf
Baca juga laporan berita Mufti Perlis Di pentas anjuran NGO Sister in Islam isu nama anak tidak sah taraf ini
Kaji semula fatwa nasab anak bawah enam bulan – Mufti
25/02/2012 8:38pm
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengkaji semula fatwa melarang anak yang lahir kurang enam bulan selepas perkahwinan, dinasabkan (dibinkan) kepada bapanya.
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, kajian semula itu perlu dilakukan kerana keputusan tersebut hanya disandarkan kepada dalil bersifat tafsiran (mafhum) dan bukannya ditetapkan (mantuq).
Menurutnya, terdapat satu dalil mantuq iaitu sebuah hadis dalam sahih Bukhari dan Muslim yang menyebut bagaimana Rasulullah mengiktiraf nasab seorang anak selepas bapanya mengakui bahawa anak itu adalah anaknya tanpa mempersoalkan apa-apa.
“Saya menimbulkan isu ini bukan mahu menggalakkan zina kerana zina bukan sahaja diharamkan oleh Allah malah mendekatinya juga dilarang.
“Namun, apa yang saya mahu timbulkan ialah kewajaran kita menghukum anak yang lahir tidak cukup enam bulan selepas ibu bapanya berkahwin dilarang daripada dinasabkan kepada bapanya sendiri.
“Adakah ini yang syarak tetapkan sedangkan ada satu hadis yang boleh kita jadikan panduan iaitu hadis yang mengisahkan pertikaian dua sahabat terhadap seorang kanak-kanak.
“Asas kandungan hadis itu nasab anak adalah berasaskan kepada perkahwinan dan diakui bapanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam forum `Ada Apa Pada Nama’ anjuran Sisters In Islam di sini hari ini.
Turut menjadi ahli panel pada forum tersebut ialah Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya dan pengamal undang-undang, Nizam Bashir.
Panel itu dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (Kanita), Prof. Dr. Rashidah Shuib.
Pada 1971, persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan, tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.
Juanda berkata, atas sebab itu juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 2009 mengeluarkan fatwa bahawa anak yang lahir di bawah enam bulan selepas ibunya berkahwin boleh dinasabkan kepada suaminya kecuali ia dinafikan oleh suaminya itu.
“Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada hadis Rasulullah. Ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan kira-kira 20 sahabat.
“Oleh itu, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu melihat semula soal ini supaya masalah nasab ini dapat segera diselesaikan. Soal nasab ini amat penting kerana ia melibatkan maruah dan nama baik semua yang terlibat,” ujarnya.
Beliau berkata, akibat daripada fatwa tersebut juga menyebabkan bayi yang lahir di bawah enam bulan selepas perkahwinan tidak boleh dinasabkan kepada bapanya walaupun bapa berkenaan mengaku bayi itu adalah anaknya.
“Satu lagi masalah yang dihadapi, bapa terbabit tidak boleh `berbin’ atau `berbinti’ pada dirinya apabila melakukan pendaftaran di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) kerana dikatakan `terikat’ dengan fatwa tersebut,” ujarnya.
Ismail pula ketika membicarakan isu sama berkata, keputusan yang dibuat oleh hakim dalam menentukan satu-satu kes termasuk nasab adalah bersandarkan kepada sumber syarak dan tidak tertakluk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Sebelum keputusan dibuat pihak hakim akan buat siasatan dan penelitian dengan berdasarkan sumber-sumber hukum syarak yang sedia ada,” katanya. – UTUSAN
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0225&pg=bt_32.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&y=2012#ixzz44FyTNZn4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan anda boleh baca di sini :
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/jakim-anak_tak_sah_taraf.pdf

Bukti Dr Zakir Naik Wahabi
➡ADAKAH ZAKIR NAIK BERFAHAMAN WAHHABI❓
Jawapan: Untuk mengenali seseorang itu adalah berfahaman Wahhabi atau tidak, maka kita perlu tahu tentang aqidah dan manhajnya dengan bukti supaya kita tidak memfitnahnya. Ramai masyarakat sekarang bertanya soalan ini: BETUL KE ZAKIR NAIK WAHHABI?
Jika hendak menjawab soalan ini secara ilmiah dan bukan dengan sesuka hati, maka di sini kita bawakan beberapa perkara yang membuktikan bahawa Zakir Naik adalah seorang yang berfahaman Wahhabi dan dia cuba menyembunyikan fahamannya sendiri dengan berkata: “Tidak ada mazhab dalam Islam”, sedangkan dia sendiri mengikut fahaman Muhammad bin Abdul Wahab iaitu pengasas pergerakan Wahhabi.
Ini antara bukti-bukti bahawa dia adalah berfahaman Wahhabi dan manhajnya bercangah dengan manhaj ulama Melayu yang berfahaman Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah👇
1⃣AQIDAH YANG DISEPAKATI OLEH AHLIS-SUNNAH WAL-JAMA^AH; ALLAH ADA TANPA TEMPAT:
✔Antara ulama Melayu yang masyhur ialah Syaikh Zainal-^Abidin ibn Muhammad al-Fatoni yang terkenal dengan “Tuan Minal Fatoni”, dia berkata dalam kitabnya yang berjudul Irsyadul-^Ibad ila Sabilir-Rasyad: “Jika berkata bagi engkau oleh yang berkata: di mana Allah? Maka jawapannya: TIADA IA PADA TEMPAT”.
✖Zakir Naik berkata: Allah ada di langit atas Arasy dan kerana itu kita mengangkat tangan ke langit apabila berdoa.
Lihat kenyataannya ini yang terdapat dalam dua pautan berikut:
Di Malaysia: https://m.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc
Di tempat lain:
2⃣BACAAN AL-QURAN UNTUK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA:
✔Al-Imam al-Suyuti menukilkan kesepakatan 4 mazhab tentang keharusan membaca Qur’an bagi yang mati dan bahawasanya si mati dapat manfaat dengan bacaan al-Quran.
✖Zakir Naik berkata: Membacakan Quran bagi orang yang telah mati adalah bidaah sesat dan tak ada dalil baginya.
Lihat kenyataannya pautan berikut:
3⃣BERTAWASUL DENGAN NABI:
Setiap Jumaat di masjid-masjid di Selangor khatib berkata apabila berdoa;
اللهم إنا نتوسل إليك بنبيك الأمين
Maknanya: “Ya Allah, kami bertawassul dengan nabi kamu yang bersifat amanah”.
Ada hadith membuktikan Rasulullah mengajar tawassul kepada sahabatnya iaitu hadith yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Tobaroni dan selainnya dan ada 16 orang ulama hadith yang bertaraf hafiz hadith berkata hadith itu sohih.
✖Zakir Naik berkata: Bertawasul dengan nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah amalan syirik.
Lihat kenyataannya pada pautan berikut:
4⃣SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL:
Di Malaysia Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah yang terdiri daripada sultan-sultan, masyarakat dan kerajaan menyambut Maulidur-Rasul setiap tahun. Amalan ini adalah bidaah yang baik sepertimana yang dinaskan oleh al-Hafiz Ibn Dihyah, al-Hafiz al-Suyuti, al-Hafiz al-Sakhawi ulama al-Azhar dan lain-lain.
✖Zakir Naik berkata: Sambutan Maulidur-Rasul صلى الله عليه وسلم adalah bidaah yang membawa kepada neraka.
Lihat kenyataannya pada pautan berikut:
5⃣TAUHID:
AhlisSunnah wal-Jama^ah termasuk ulama Melayu seperti Syaikh Daud al-Fatoni, Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatoni, Tok Kenali, Mufti Banjar di kurun 12 hijri Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Mufti Acheh di kurun 11 hijri Syaikh Nurud-Din al-Raniri dan lain-lain, mereka mengajar sifat 20.
✖Zakir Naik mengajar aqidah Wahhabi yang membahagikan Tauhid kepada tiga.
Lihat kenyataannya pada pautan berikut:
📌 Bagi seseorang yang tahu apakah itu wahhabi tidak syak lagi Zakir Naik itu Wahhabi.

Video : ISIS disebut dalam hadis Nabi saw dengan terang tanda mereka
Jakim nafi haramkan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia ( PERTAMA )
Kisah Ulama Wahabi vs Ulama Sunni Bab Air Berkat Kaabah
KISAH INSAFNYA SEORANG ULAMA WAHABI DAN AKHIRNYA MENJADI SEORANG SUFI:-
Syeikh Muhammad Bin Sholih Al-’Utsaimin seorang ulama Wahabi yang sangat terkenal mempunyai seorang guru yang sangat ‘alim dan karismatik di kalangan kaum Wahabi, iaitu Syeikh Abdurrahman Bin Nashir Al-Sa’di, yang dikenal dengan panggilan Syeikh Ibnu Sa’di. Ia memiliki banyak karangan, di antaranya yang paling terkenal adalah karyanya yang berjudul,Taisir Al-Karim Ar-Rahman fi Tafsir Kalam Al-Mannan, kitab tafsir setebal 5 jilid, yang mengikuti manhaj pemikiran Wahabi. Meskipun Syeikh Ibnu Sa’di, termasuk ulama Wahabi yang ekstrim, ia juga seorang ulama yang mudah insaf dan mahu mengikuti kebenaran, dari manapun kebenaran itu datangnya.
Suatu ketika, Al-Imam Al-Sayyid ‘Alwi Bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani (ayahanda Abuya Al-Sayyid Muhammad Bin ‘Alwi Al-Maliki) sedang duduk-duduk di serambi Masjidil Haram bersama halaqah pengajiannya. Sementara di bahagian lain serambi Masjidil Haram tersebut, Syeikh Ibnu Sa’di juga duduk-duduk. Sementara orang-orang di Masjidil Haram larut dalam ibadah sholat dan tawwaf yang mereka lakukan.
Pada saat itu, langit di atas Masjidil Haram penuh dengan mendung sepertinya sebentar lagi akan turun hujan yang sangat lebat. Tiba-tiba air hujan itu pun turun dengan lebatnya. Akibatnya, saluran air di atas Ka’bah mengalirkan airnya dengan derasnya. Melihat air begitu deras dari saluran air di atas kiblat kaum Muslimin yang terdiri dari orang-orang Hijaz seperti kebiasaan mereka, segera berhamburan menuju saluran itu dan mengambil air tersebut dan kemudian mereka tuangkan ke baju dan tubuh mereka dengan harapan mendapatkan berkah dari air itu.
Melihat kejadian tersebut, para anggota polis Kerajaan Saudi Arabia, yang sebahagian besar berasal dari orang Baduwi daerah Najd itu, menjadi terkejut dan menganggap bahwa orang-orang Hijaz tersebut telah terjerumus dalam kesyirikan dan menyembah selain Allah SWT. Akhirnya anggota polis itu berkata kepada orang-orang Hijaz yang sedang mengambil berkah air hujan yang mengalir dari saluran air Ka’bah itu:
“Jangan kalian lakukan wahai orang-orang musyrik. Itu perbuatan syirik. Itu perbuatan syirik.”
Mendengar teguran anggota polis itu, orang-orang Hijaz itu pun segera menuju ke halaqah Al-Imam Al-Sayyid ‘Alwi Al-Maliki Al-Hasani dan menanyakan tentang hukum mengambil berkah dari air hujan yang mengalir dari saluran air di Ka’bah itu. Ternyata Sayyid ‘Alwi membolehkan dan bahkan mendorong mereka untuk melakukannya. Akhirnya untuk yang kedua kalinya, orang-orang Hijaz itu pun kembali lagi menuju saluran air di Ka’bah itu, dengan tujuan mengambil berkah air hujan yang jatuh darinya, tanpa mengindahkan teguran para anggota polis itu. Bahkan mereka berkata kepada anggota polis itu:
“Kami tidak akan memperhatikan teguran Anda, setelah Sayyid ‘Alwi berfatwa kepada kami tentang kebolehan mengambil berkah dari air ini.”
Akhirnya, melihat orang-orang Hijaz itu tidak mengindahkan teguran, anggota polis itu pun segera mendatangi halaqah Syeikh Ibnu Sa’di, guru mereka. Mereka mengadukan perihal fatwa Sayyid ‘Alwi yang menganggap bahwa air hujan itu ada berkahnya. Akhirnya, setelah mendengar laporan anggota polis yang merupakan anak buahnya itu, Syeikh Ibnu Sa’di segera mengambil selendangnya dan bangkit menghampiri halqah Sayyid ‘Alwi dan duduk di sebelahnya. Sementara orang-orang dari berbagai golongan, berkumpul mengelilingi kedua ulama besar itu. Dengan penuh sopan dan layaknya seorang ulama, Syeikh Ibnu Sa’di bertanya kepada Sayyid ‘Alwi:
“ Wahai Sayyid, benarkah Anda berkata kepada orang-orang itu bahwa air hujan yang turun dari saluran air di Ka’bah itu ada berkahnya? ”
“ Benar! Bahkan air tersebut memiliki dua berkah. ” Syeikh Ibnu Sa’di berkata:
“ Bagaimana hal itu boleh terjadi? ”
“ Karena Allah SWT berfirman dalam Kitab-Nya tentang air hujan: ”
“ Dan Kami turunkan dari langit air yang mengandung berkah. ” (QS. 50:9).
Allah SWT juga berfirman mengenai Ka’bah:
“ Sesungguhnya rumah yang pertama kali diletakkan bagi umat manusia adalah rumah yang ada di Bekkah (Makkah), yang diberkahi (oleh Allah). ” (QS. 3:96).
Dengan demikian air hujan yang turun dari saluran air di atas Ka’bah itu memiliki dua berkah, yaitu berkah yang turun dari langit dan berkah yang terdapat pada Baitullah ini.
Mendengar jawaban tersebut, Syeikh Ibnu Sa’di merasa hairan dan kagum kepada Sayyid ‘Alwi. Kemudian dengan penuh kesedaran, mulut Syeikh Ibnu Sa’di itu melontarkan perkataan yang sangat mulia, sebagai pengakuannya akan kebenaran ucapan Sayyid ‘Alwi:
“ Subhanallah (Maha Suci Allah), bagaimana kami boleh lalai dari kedua ayat ini.? ”
Kemudian Syeikh Ibnu Sa’di mengucapkan terima kasih kepada Sayyid ‘Alwi dan meminta izin untuk meninggalkan halaqah tersebut. Namun Sayyid ‘Alwi berkata kepada Syeikh Ibnu Sa’di:
“ Tenang dulu wahai Syeikh Ibnu Sa’di. Aku melihat anggota polis itu menganggap bahwa apa yang dilakukan oleh kaum Muslimin dengan mengambil berkah air hujan yang mengalir dari saluran air di Ka’bah itu sebagai perbuatan syirik. Mereka tidak akan berhenti mengkafirkan orang dan mensyirikkan orang dalam masalah ini sebelum mereka melihat orang yang seperti Tuan melarang mereka. Oleh kerana itu, sekarang bangkitlah Tuan menuju saluran air di Ka’bah itu, lalu ambillah air di situ di depan anggota polis itu, sehingga mereka akan berhenti mensyirikkan orang lain. ”
Akhirnya mendengar saranan Sayyid ‘Alwi tersebut, Syeikh Ibnu Sa’di segera bangkit menuju saluran air di Ka’bah. Ia basahi pakaiannya dengan air itu, ia pun mengambil air itu untuk diminumnya dengan tujuan mengambil berkahnya. Melihat tingkah laku Syeikh Ibnu Sa’di ini, anggota polis itu pun pergi meninggalkan Masjidil Haram dengan perasaan malu.
Semoga Allah SWT merahmati Sayyidina Al-Imam ‘Alwi bin ‘Abbas Al-Maliki Al-Hasani. Amin.
Kisah ini disebutkan oleh Syeikh Abdul Fattah Rawwah, dalam kitab Tsabat (kumpulan sanad-sanad keilmuannya). Beliau termasuk salah seorang saksi mata kejadian itu.
Ruj : KH Muhammad Idrus Ramli.

Kronologi Mubahalah Ustaz Abu Syafiq (UAS) dan Dr Rozaimi Ramli (RORA)
As Abu Syafiq(rasyid Alwi):
[Kronologi Mubahalah Ustaz Abu Syafiq (UAS) dan Rozaimi Ramli (RORA)]
1. Ada orang bertanya soalan kepada UAS kenapa jemput RORA bermubahalah? sedangkan kata mereka UAS tidak terlibat yang terlibat ialah ARG (Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group) ?
2. Jawapan saya, ARG merupakan sebuah pertubuhan, RORA pula merupakan seorang INDIVIDU, kurang adil dan waras sebuah pertubuhan mahu bermubahalah dengan seorang individu.
3. Ketika video diskusi RORA di sebuah masjid. Saya telah menegur beliau dgn baik dan bahasa yg saya guna juga baik agar RORA tidak terasa apa2 yg tidak sepatutnya.Teguran saya ketika itu pada fakta tidak tepat yg diberikan berkaitan sahabat Nabi. RORA akui kesalahannya itu dan mengumumkan kpd semua bhw dia bersalah.
Namun sejurus itu RORA telah mengfitnah saya kononnya saya mengatakan Al-Albani mengkafirkan Saidatuna Aisyah sedangkan saya tidak pernah katakan begitu. Itu tuduhan RORA yg tidak cermat (rujuk gambar 17 hour ago).
Setelah saya membalas tuduhan tersebut dan menyatakan kekecewaan saya kerana teguran baik saya dibalas fitnah kemudian RORA telah menukar tuduhan tadi kpd dakwaan yg juga sekali lagi salah lagi fitnah dgn mendakwa kononnya saya mengatakan Al-Albani mengatakan Saidatu Aisyah berzina..sedangkan itu juga saya tidak katakan (rujuk gambar 14 hour ago). rujuk:https://www.facebook.com/AbuSyafiq1/posts/1047803051976807:0
4. Kemudian pada 14 Jun 16 RORA mengaitkan saya sebagai puak yg suka lari dan mengatakan org yg suka lari ini org yg biasanya dalam kebatilan.
Rujuk: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1316254571735373&id=1032611520099681
5. Setelah bertubi-tubi di tuduh oleh RORA secara jelas saya pun mengambil inisiatif untuk menawarkan sumpah laknat antara saya dgn RORA memandangkan RORA mengatakan sesiapa yg tidak mahu sumpah laknat sebagai penakut,bacul dan dalam kebatilan. Jadi pd kefahaman sy pastilah RORA akan menerima dan hadir dlm sesi mubahalah ini kerana jika tidak dia seolah-olah menjilat ludahnya sendiri.
6. RORA pada awalnya berdolak dalik dan menghina saya sebagai orang sakit jiwa dan gila di bulan mulia Ramadhan ini rujuk:https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1317096944984469&id=1032611520099681
7. Setelah RORA menghina saya, mungkin akibat tekanan dari masyarakat menyebabkan RORA membuat u-turn dgn update statusnya di fb beliau bahawa setuju terima utk bermubahalah dgn syarat temanya akidah Ibn Qayyim Al-Jauziyah. Saya gembira dgn pendirian RORA ini namun dia dgn sendirinya menulis lafaz mubahalah saya dgn memasukkan perkataan “mati kafir”, ini bukan saya sendiri yg letak sbg lafaz mubahalah dan sy tidak setuju lafaz masukkan perkataan “mati kafir” kerana saya tidak pernah kata pasal mati kafir atau tidak dalam hal tersebut.
8. Namun begitu, saya mengatakan boleh berbincang nanti di masjid lafaz yg sepatutnya namun saya setuju dgn permintaan RORA temanya akidah ibn qayyim dan oleh kerana RORA yg ,memilih tema dan terima tawaran mubahalah ini sy pun dgn susah payahnya berangkat dari pahang ke putrajaya utk menegakkan kebenaran.
9. Akhirnya sy kecewa setelah sy hadir dari jauh namun RORA tidak hadir walaupun dia sudah terima dan cadangkan sendiri tema mubahalah seputar akidah ibn qayyim. masyarakat dan pembaca sekelian menjadi saksi semalam merupakan sejarah yg telah tercatit bahawa RORA terima tawaran mubahalah dan meletakkan tema akidah ibn qayyim namun TIDAK HADIR.
10. Kepada Allah kita berserah dan nilailah sendiri bagaimana keberanian mereka.
* Saya juga akan terus meneruskan usaha utk Diskusi dan Mubahalah ini dengan mereka walaupun mereka kerap sangat lari saya sedia mengejar krn prinsip saya Diskusi itu bukan utk kalahkan atau tunjuk menang tetapi demi mengilap kebenaran dan mencari kesatuan.
Ustaz Abu Syafiq
13. Ramadhan 1437H

Makna Tabarruk Oleh Ustaz Muhadir Hj Joll
Apakah makna tabarruk?
Tabarruk berasal dari perkataan barakah. Makna tabarruk ialah mengharapkan keberkatan daripada Allah dgn sesuatu yg mulia dlm pandanganNya.
Dipetik dari kitab Mafahim Yajibu an Tushahah oleh Dr. Sayyid Muhammad al Maliki, mafhumnya :
“Sewajarnya kita mengetahui bhw tabarruk itu tidak lain hanya suatu tawassul (jalan) menuju kpd Allah SWT samada ia suatu atsar (peninggalan), tempat atau orang perseorangan. Adapun org yg diberkati Allah hendaklah diyakini bhw dia mempunyai fadilat & taqarrubnya kpd Allah dgn keyakinan bhw dia tetap tidak mampu mendatangkan kebaikan atau menolak kejahatan (bala) kecuali dgn izin Allah SWT. Adapun atsar (peninggalan spt barang-barang dsbnya), maka adalah ia ada hubungan dgn org yg soleh yg diberkati tadi, maka ia adalah mulia kerana kemuliaan yg diberikan kpd org yg menggunakannya tadi. Ia menjadi mulia, diagung, dicintai kerana kemuliaan yg diberikan Allah SWT. Adapun tempat-tempat peninggalan, maka tidaklah ada kelebihan padanya hanya kerana zatnya yg ia semata mata tempat. Keutamaan & kemuliaan disebabkan oleh kebaikan & amal bakti yg selalu dilakukan di tempat itu.”
Dalil yg menunjukkan boleh bertabarruk :
Allah SWT berfirman mengenai ucapan Nabi Yusuf a.s, mafhumnya : “Pergilah dgn membawa bajuku ini, kemudian letakkan pd muka ayahku supaya dia dpt melihat.” (Surah Yusuf : 93)
Selepas bertabarruk dgn baju Nabi Yusuf a.s, maka dgn izin Allah mata ayahnya yakni Nabi Yaaqub a.s pulih semula (dpt melihat)
Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya :
“Daripada Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata :Asma mengeluarkan (menunjukkan) kepadaku sehelai pakaian ada dua lubang yg berjahit. Lalu Asma berkata : Ini adalah pakaian Rasulullah SAW. Ia dahulu pernah disimpanoleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dlm air untuk menjadi ubat kpd org sakit di kalangan kami.”
Juga boleh rujuk dalil lain dalamsurah al Baqarah : 248, surah Hud : 48, surah an Naml : 8, surah as Saffat :113, surah Maryam : 31, surah Ali Imran : 98, surah al Isra’ : 1, surah al Qasas : 30, dan beberapa surah lain.
Kebenaran daripada Rasulullah untuk bertabarruk :
Disebutkan dalam hadith : “Rasulullah SAW membahagi bahagikan rambut Baginda kpd para sahabat supaya mereka bertabarruk dengannya (rambut).” ( HR Bukhari & Muslim)
Hadith daripada Anas r.a : “Ketika Rasulullah SAW melihat Jamrah, Baginda SAW berkorban kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di rambut sebelah kanan lalu mencukurnya, lalu memberikannya (rambut) kpd Abu Talhah. Kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di sebelah kiri lalu mencukurnya, lalu berkata : Bahagi bahagikan kpd org ramai ( Riwayat at Tirmidzi)
Ubaidah r.a berkata. “Kalaulah aku memiliki sehelai rambut Baginda SAW, maka itu lebih berharga bagiku daripada dunia dan segala isinya.” (Riwayat al Bukhari)
Abu Bakar r.a berkata “Aku melihat Khalid al Walid meminta rambut bahagian depan Rasulullah dan dia menerimanya. Dia biasa meletakkannya di atas matanya dan menciumnya.”
Diketahui bhw kemudian dia meletakannya di ‘qalansuwah’ (penutup kepala yg dililit serban) miliknya & selalu menang dlm peperangan (Riwayat al Waqi dlm al Maghazi & Ibn Hajr dlm al Ishabah fi Tamyiz as Sahabah)
Contoh dpd para sahabat bertabarruk dgn atsar Rasulullah SAW :
Para sahabat berebut-rebut mengambil wudhu Rasulullah SAW & mengusap usapkannya ke wajah & kedua dua tgn mereka. Bagi mereka yg tidak sempat mendapatkannya, mereka mengusap daripada basahan tubuh sahabat lain yg terkena bekas wudhu Rasulullah SAW lalu mengusapkan ke wajah & tgn mereka.” (Riwayat al Bukhari)
Ummu Salamah memiliki beberapa helai rambut Nabi SAW dlm sebuah botol perak & org akan pergi & mendapat berkat melalui rambut-rambut itu dan mereka sembuh. (Riwayat al Hafiz al Aini dalam Umdah al Qari)
(Jawapan oleh al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, Pensyarah UIA di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam)

Kafir Harbi – NGO Aswaja Pertahan Mufti Pahang
KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA).
1. ASWAJA hari ini mengadakan pertemuan dengan SS Dato Sri Mufti Pahang bagi mendapat penjelasan berhubung isu kafir harbi yang kini menjadi kritikan segelintir pemimpin DAP serta agamawan dan sarjana.
2. ASWAJA berpuas hati dengan penjelasan yang berikan oleh SS Dato Sri Mufti dan kenyataan mengenai kafir harbi tidak ada cacat celanya. Malah ia dibuat mengikut nas dan teks kitab ulama muktabar. Justeru, ASWAJA berdiri teguh dibelakang SS Mufti Pahang dalam hal ini. Ahli politik, sarjana dan agamawan seharusnya ‘tabayyun’ terlebih dahulu sebelum membuat ulasan bebas menerusi berita akhbar dan media yang masing-masing mempunyai motif tersendiri. Apapun, istilah ‘harbi’ atau ‘aduwallah’ tetap sah dipergunakan bg mereka yg memusuhi Islam samada mereka memiliki taraf warganegara ataupun tidak.
3. Kenyataan Mufti Pahang cukup jelas dalam isu kafir harbi dan beliau tidak menghalakan kenyataan itu kepada DAP semata2. Jadi mengapa DAP perlu terasa dengan kenyataan ini?. Begitu juga dalam kenyataan itu beliau tidak menyeru umat Islam utk mengangkat senjata bg memerangi bukan Islam yang menentang Islam. Tetapi kenyataan beliau dimanipulasi oleh segelintir agamawan dan sarjana ‘terlajak ulas’ dan mengaitkan kenyataan SS Mufti Pahang dengan keganasan. Hal ini menunjukkan sikap sembrono dan ‘terlebih prasangka’ terhadap SS Dato Sri Mufti Pahang.
4. Jika tidak mahu terpalit dengan kafir harbi DAP tidak sepatutnya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam. Hari ini tindakan DAP jelas menentang beberapa perkara yang membabitkan agenda umat Islam termasuk yang terbaru pindaaan Akta RUU 355 bagi meningkatkan martabat perundagan Islam itu sendiri demi hak dan kepentingan umat Islam di negara ini. Pihak-pihak yang bekerjasama dengan DAP pula tidak seharusnya mendiamkan diri apabila DAP mencampuri urusan kepentingan Islam hanya semata2 demi kelangsungan politik mereka.
5. Dari segi istilah Kafir Harbi sememangnya tidak dinafikan Harbi bermaksud memerangai-diperangi. Namun, jangan sempitkan tafsiran ini dgn minda yg cetek. Islam sememangnya mengajar umatnya untuk tidak memerangi mana-mana pihak kecuali sekiranya Islam itu diperangi maka wajib bagi umat Islam mempertahankannya.
Sebenarnya perbuatan memusuhi Islam atau sikap anti Islam boleh berlaku dalam bentuk ideologi, politik, ekonomi, sosial dan keagamaan. Ia tidak hanya dalam bentuk ancaman fizikal dan persenjataan semata-mata. Justeru, perbuatan memusuhi islam dan menyokong kumpulan yg memusuhi islam adalah haram dan wajib ditentang dgn hikmah dan kebijaksanaan.
6. Menentang kafir harbi dalam konteks negara kita kini adalah dengan tidak menyokong golongan yg memusuhi Islam. Maknanya kalau benar DAP atau sesiapa sahaja menjadi kafir harbi maka umat Islam haram untuk menyokong apatah lagi mengangkat pemimpin yang secara jelas menentang Islam.
Menentang harbi juga boleh dibuat dgn cara memboikot aktivi ekonomi, politik dan sosial mereka. Ia bukan bermakna melakukan keganasan, mengangkat senjata dan menumpahkan darah. Saya mengenali peribadi SS Mufti Pahang selama lebih 15 tahun sbg seorang yg alim, warak dan berjiwa penyayang.
7. Sehubungan dgn kes ini, Majlis Fatwa Kebangsaan dan agensi agama sewajarnya membuat kenyataan dan takrifan yang jelas tentang kafir harbi sebagai pencerahan kepada masyarakat.
ASWAJA juga memohon pihak Jabatan Agama Islam, PDRM dan SKMM memantau dan mengambil tindakan terhadap Mana2 individu dan kumpulan yg menghina SS Mufti Pahang dan melakukan provokasi melampau terhadap agensi agama Islam. Mereka perlu disiasat mengikut Akta Hasutan dan POTA 2015 demi kelangsungan hak keselamatan dan ketenteraman awam.
8. ASWAJA tetap teguh mempertahankan kredibiliti Mufti Ahli Sunnah Wal Jamaah, agensi agama dan survival umat Islam dari dinodai oleh musuh islam dan perosak agama hingga hari kiamat.
9. ASWAJA menggesa seluruh umat Islam melakukan ‘qunut nazilah’ ke atas musuh Islam dan bangkit memberi sokongan kpd SS Muti Pahang sbg manifestasi solidariti, kesatuan, hak autoriti dan survival umat Islam di negara ini.
Sekian terima kasih
Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari
30 Jun 2016

Kenyataan Dr Zamihan ASWAJA isu Dr Maza Tuduh Anti Dr Zakir Naik
fb ustaz Zamihan
MUFTI PERLIS KAKI FITNAH
Selepas Aidilfitri kelihatan nafsu jahat mulai membuak2 terkeluar. Syaitan yg terbelenggu di bulan Ramadhan juga mula berkeliaran menaburkan fitnah. Termasuk dari agamawan yg bertaraf Mufti. Terbaru, Mufti Perlis Dr Maza MEMFITNAH ASWAJA dgn menyamakan ASWAJA setaraf dgn HINDRAF dan bersikap anti kpd Dr Zakir Naik.
Wallahi,Wabillah, Watallahi…ASWAJA tak pernah mengeluarkan kenyataan membantah atau menghalang Ceramah Zakir Naik sama sekali. Ia hanya tohmahan palsu yg direkacipta oleh Mufti Perlis yang biadab. Malang sekali, Mufti ni selalu bangga diri dgn sarjana hadith. Tetapi pandai pula mencipta RIWAYAT PALSU dari ASWAJA berkenaan Zakir Naik.
Usaha mengulangi fitnah ini membuktikan Maza berniat memburuk-burukkan imej ASWAJA. Beliau kelihatan cuba menarik sokongan org ramai kpdnya dgn menipu dan memutarbelit fakta. Jelas, beliau tidak mendapat manfaat dari Ramadhan dgn mengulangi fitnah yg sama semenjak fitnah pertama pd 18/4/2016 lalu. Dlm hadis Jibril AS disebut Celaka bg mereka yg mendapatkan ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan oleh Allah. Kasiaan sang Muftin.
Utk makluman semua, Mufti Perlis ini merupakan makhluk Allah yg pertama memfitnah Zamihan berfahaman Syiah semenjak tahun 2001 lagi. Diulangi lagi fitnah berkenaan dlm Majalah Milenia tahun 2006. Ia kemudiannya dikutip pula oleh pengikut wahhabi tegar yg lain. Nampak jelas, jiwanya kecamuk dan berpenyakit. Semoga beliau disembuhkan oleh Allah swt.
Tinjauan melalui youtube juga menjelaskan Maza al F-attan dlm bbrapa kenyataannya mengaitkan Zamihan dgn gejala Takfir dan berfahaman Ahbash. Masya Allah. Demi Allah, Zamihan berlepas diri dari fitnah dan tohmahannya.
Ingin saya tegaskan bahwa Mufti tidak wajar bersikap pengecut. Jangan hanya berani di media sosial sahaja. Jika ada maruah…jom kita semuka utk diskusi, debat, muzakarah demi mencari kebenaran. Kita juga boleh bermubahalah utk membuktikan kebenaran tersebut. Ayuh. Silakan.
Ayuh. Zamihan akan bongkar pendustaan anda satu persatu. Hubungi Zamihan di hp : 012 213 5518. Silakan. Ana bersedia ke pejabat antum. Sila berikan ruang masa terluang barang seketika utk selesai fitnah ini.
Insya Allah…fitnah entum ni…tak sampai kemana pun. Jika Allah panjangkan umur…kita akan menyaksikan Maza beroleh kaffarah atas fitnah yg amat keji ini. Bekerjalah, makanlah, minumlah dan bergembiralah dgn dosa yg enta tempah sendiri.
Kami akan buat laporan polis dan SKMM atas fitnah keji kali ke2 ini. Dan akan menyaman Mufti Kaki Fitnah tanpa prejudis. Kita akan bertemu di mahkamah dunia dan mahkamah akhirat.
Firman Allah : Celakalah atas setiap pengumpat dan pencela..al Humazah ayat 1.
#MUFTI KAKI FITNAH
# BANTERAS SYAITAN SYAWAL
