Quantcast
Channel: Ustaz Moden’s Weblog
Viewing all 68 articles
Browse latest View live

Ceramah Mantan Timb.Presiden PAS Nasharudin Mat Isa Bantai LGBT Ambiga Anwar Wajib Disebar


Saya akan terus berjuang satukan umat – Harussani

$
0
0

 

KUALA LUMPUR 11 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berikrar akan terus memperjuangkan perpaduan umat Islam di negara ini walaupun langkah itu tidak disenangi pihak-pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak akan mempedulikan apa jua yang dikatakan pihak-pihak berkenaan berhubung usaha itu memandangkan perjuangan menyatukan umat Islam merupakan perintah Allah SWT yang jelas tercatat di dalam al-Quran.

Dalam keadaan perpaduan umat Islam di Malaysia yang disifatkan sebagai ‘begitu teruk’, tegas beliau, menjadi kewajipan kepadanya untuk berusaha melaksanakan perintah Allah SWT tersebut.

“Kita jangan lupa perintah untuk menyatukan umat ini adalah perintah daripada Allah dan mengapa perintah ini tidak kita laksanakan?

“Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyebut perintah ini antaranya ‘berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah-belah (Surah Ali-Imran, ayat 103),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini Harussani berkata, beliau tidak terkilan dengan dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkannya sebagai ‘gatal mulut’ kerana cuba mencampuri hal politik.

Sebaliknya, Harussani berhajat menikmati teh tarik bersama Nik Abdul Aziz bukan setakat untuk beramah mesra malah bagi membincangkan secara tidak formal bahaya yang menunggu umat Islam sekiranya penyatuan ummah tidak dilakukan sekarang.

Selain itu, kata Harussani, Allah menerusi al-Quran turut memberi amaran mengenai kesan serta akibat daripada perpecahan umat Islam jika tidak diatasi segera.

“Akibat daripada perbuatan berpecah belah ini, Allah telah memberi amaran ia akan memberi kesan yang amat buruk kepada umat Islam,” katanya lagi.

Berdasarkan perintah Allah melalui ayat-ayat tersebut juga, beliau sekali lagi menegaskan usaha yang dilakukan itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan.

“Saya perlu segera menggerakkannya. Saya juga tidak peduli apa orang lain hendak kata terhadap usaha ini. Pendirian saya jelas, ini merupakan satu perintah daripada Allah dan junjungan besar Rasulullah SAW.

“Apa yang mereka mahu gelarkan saya terpulang kepada mereka. Apa yang penting saya perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan sedaya upaya saya,” katanya.

Utusan Malaysia


Qasidah Puji Nabi dan Ahli Bait Baginda oleh Abo Shaar dari Syria

Seminar Fiqh Antarabangsa 2012 – Komen Datuk Mustapha

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban (malam ini)

$
0
0

Malam Nisfu Syaaban

SYAABAN datang bertamu bersama rimbunan keberkatan buat umat Muhammad SAW. Kehadirannya saban tahun menandakan kemuliaan dan keistimewaan buat umat ini dengan rahmat dan pengampunan buat mereka yang dipilih oleh Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Ata’ ibn Yasar berkata: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban.”

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA berkata: “Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha’ hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar.”

Malam pengampunan

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan).”

Imam al-Auza’i mentafsirkan musyahin dengan makna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad SAW).

Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani’: Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi SAW, orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.

Dalam riwayat lain pula Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya.”

Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah RA berkata: “Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah SAW, maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda SAW di Baqi’ sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda SAW bersabda: “Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?” Aisyah RA berkata: “Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain.”

Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab.”

Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: “Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud AS “Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya.”

Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: “Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka.”

Daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.

“Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim.”

Mustajab doa

Abu Sa’id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata, “Wahai Abu Sa’id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah, maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda SAW.”

Berkata Abu Sa’id RA, “Apabila Rasulullah SAW keluar solat Subuh, Baginda SAW akan membaca: “Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku.”

Dalam riwayat lain Rasulullah berkata kepada Aisyah: “Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?” Aisyah berkata, “Saya berkata, “Bukan begitu, wahai Rasulullah!” Sabda Baginda: “Telah datang kepada saya Jibril AS dan berkata, “Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak.”

Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda SAW kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, “Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?” Saya berkata, “Ya.” Baginda bersabda, “Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril as. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud.”

 

sumber : FB http://www.facebook.com/sudin.sahak


Doa Dan Dzikir Terbesar Di Dunia Bersama AlHabib Umar bin Hafidh – YouTube

Pohon Hijau Padang Pasir Pernah Naungi Nabi saw

$
0
0

 

Inilah pohon yang pernah menanungi Rasulullah saw. Diziarahi Habib Umar Al Hafiza dari Yaman. Seorang ulama terkenal di dunia Islam.

 

Video

 


Penjelasan Hukum Ziarah Rasulullah Dan Masjid Nabawi

$
0
0

Ziarah Rasulullah

PADA setiap tahun umat Islam berbondong-bondong menuju ke Madinah al Munawwarah. Ada yang pergi atas dasar menziarahi negeri Hijrah Rasulullah, ada pula untuk ke Masjid Nabawi bagi mendapat kelebihan pahala menunaikan solat di dalamnya.

Walau apapun lafaz yang digunakan, pemergian mereka ke Madinah pada hakikatnya adalah untuk menziarahi Rasulullah SAW. Kerana tanpa Rasulullah SAW, Madinah tidak akan menjadi negeri yang dicintai dan dirindui oleh umat Islam.

Tanpa baginda, solat di masjid tersebut juga tidak memberikan perbezaan jumlah pahala berbanding masjid-masjid yang lain.

Tanpa jasad Rasulullah SAW di masjid tersebut juga, ia tidak memberi ingatan dan keistimewaan yang hebat di hati dan fikiran umat Islam hingga mengajak mereka menziarahi Madinah al Munawwarah.

Hari ini juga kita mendapati ramai di kalangan umat Islam melakukan kesilapan dalam memahami sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak boleh bermusafir melainkan ke tiga buah masjid Masjid al Haram, masjid saya ini dan Masjid al Aqsa.”

Mereka menjadikan hadis ini sebagai dalil pengharaman bermusafir untuk menziarahi kubur Rasulullah SAW dengan menganggapnya suatu kemaksiatan.

Penggunaan dalil ini bagi tujuan tersebut adalah tertolak dan tidak diterima, kerana ia dibina atas kefahaman yang salah. Hadis ini pada hakikatnya membincangkan maksud yang lain dan tiada kaitan dengan permasalahan kubur.

Sesungguhnya hadis: “Tidak boleh bermusafir melainkan ke tiga buah masjid” adalah yang dilafazkan dengan satu gaya bahasa yang dikenali sebagai gaya bahasa pengecualian (Uslub al Istisna’). Makna yang lengkap pada hakikatnya ia membawa maksud seperti berikut: “Tidak boleh bermusafir ke … melainkan ke tiga buah masjid.”

Ahli tatabahasa Arab menyatakan bahawa ayat seumpama ini perlu ditetapkan perkataan yang sesuai di tempat kosong tersebut yang bertepatan dengan makna ayat bagi memberikan kefahaman yang jelas.

Oleh kerana itu, kekosongan itu perlu diandaikan seperti mana yang telah disepakati oleh para pakar tatabahasa Arab untuk mencari keserasiannya.

Pengandaiannya hanya terbatas kepada tiga andaian sahaja:

Pertama:

Sesetengah golongan menyatakan bahawa hadis ini merupakan larangan bagi menziarahi kubur Nabi SAW. Jika benar dakwaan mereka, kita andaikan kekosongan itu diisi dengan perkataan kubur, lalu ia menjadi seperti berikut: “Tidak boleh bermusafir ke kubur melainkan ke tiga buah masjid.”

Kita dapat melihat sendiri bahawa pengandaian ini adalah suatu yang aneh untuk diterima dan tidak mungkin seseorang yang waras boleh menerimanya.

Bentuk hadis yang sebegini secara zahirnya menunjukkan tiadanya kesinambungan dan keserasian serta ini tidak selayaknya dinisbahkan kepada kefasihan dan keindahan bahasa Rasulullah SAW.

Kedua:

Diandaikan apa yang kekosongan lafaz dalam hadis ini dengan satu perkataan yang umum iaitu lafaz mana-mana tempat. Maka ia menjadi seperti berikut: “Tidak boleh bermusafir ke mana-mana tempat melainkan ke tiga buah masjid.”

Ia juga tidak boleh diterima akal kerana ia membawa maksud tidak boleh seseorang bermusafir untuk urusan perniagaan, mencari ilmu, ziarah-menziarahi dan lain-lain lagi. Maka ini adalah satu bentuk kebingungan yang amat jelas.

Ketiga:

Diandaikan apa pula kekosongan lafaz dalam hadis ini dengan lafaz masjid, maka ia menjadi seperti ini: “Tidak boleh bermusafir ke masjid melainkan ke tiga buah masjid.”

Kita dapat melihat bahawa kata-kata ini ada kesinambungan dan keserasiannya. Ia juga berada dalam gaya bahasa yang fasih. Dengan ini, semakin tenggelamlah kecelaruan yang jelas pada dua andaian yang terawal serta kefasihan andaian ketiga ini sesuai untuk dinisbahkan kepada Rasulullah SAW .

Mereka yang berkecimpung dalam bidang hadis juga telah mendapati beberapa riwayat yang diterima dan menjelaskan tentang apakah sebenarnya perkataan (kekosongan lafaz) dari hadis pertama tadi. Antaranya, hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada riwayat Syahr ibnu Hausyab, dia berkata: Saya mendengar Abu Sa’id berkata ketika disebut kepadanya tentang solat di atas bukit al Tur, maka katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sepatutnya bagi orang yang menunggang binatang tunggangan itu bermusafir ke masjid untuk menunaikan solat melainkan Masjid al Haram, Masjid al Aqsa dan masjid saya.”

Antaranya juga, hadis riwayat Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya adalah penutup segala Nabi, dan masjid saya adalah penutup semua masjid para Nabi, masjid-masjid yang paling berhak untuk diziarahi dan menjadi tujuan permusafiran ialah Masjid al Haram dan masjid saya, satu solat yang ditunaikan di dalam masjid saya lebih baik daripada seribu solat yang ditunaikan di mana-mana masjid melainkan Masjid al Haram.”

Sabda Rasulullah SAW ini menerangkan kepada umat bahawa masjid yang selain daripada ketiga-tiga masjid ini adalah sama taraf. Maka tiada faedah untuk bersusah payah bermusafir ke masjid selain tiga masjid ini hanya untuk menunaikan solat. Manakala masjid-masjid yang tiga ini, ia mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti yang diketahui ramai.

Persoalan kubur tidak termasuk di dalam hadis ini, maka menjatuhkan hukum haram menziarahi kubur Nabi SAW dengan hadis ini dikira sebagai suatu pendustaan terhadap baginda.

http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20120911/ba_01/Ziarah-Rasulullah



Fahaman Wahabi Haram Tawassul Yang Mati Oleh Fathul Bari Dibantah Pegawai JAKIM

$
0
0

 

- Ustaz Fathul Bari cuba menggunakan kedudukan beliau yang semakin popular untuk menyebarkan fahaman wahabi.

- Perkara ini dapat dilihat pada tulisan terbaru beliau bertajuk “Syirik dalam Ketaatan” http://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/10/09/syirik-dalam-ketaatan/

- Beliau menggunakan pandangan Ulama bernama Shaykh Solih Fauzan Al Fauzan dalam artikel terbaru beliau. gambar Shaykh Soleh Fauzan

- Antara lain beliau menulis tentang empat perkara yang terjadi syirik antaranya :

Syirik pada doa; iaitu memohon kepada sesuatu selain daripada Allah SWT. Seperti pergi ke kubur dan memohon kepada (atau melalui perantaraan) orang-orang shalih, wali-wali atau Nabi yang telah meninggal dunia. Itu semua syirik. Kita memohon hanya kepada Allah SWT.

- Memohon kepada Allah melalui perantaraan orang shalih, wali atau Nabi adalah harus di sisi Islam dan dinamakan tawassul. Selagi ia bertujuan baik dan masyru’ di sisi agama.

- Perbahasan tentang perkara ini sudah lama selesai dan diulas ratusan ulama muktabar dunia intelektual Islam.

- Sumber dari JAKIM juga mengesahkan boleh bertawassul menggunakan perantara samada hidup atau mati

Rujukan anda boleh teumui pada tulisan ana (klik sambungan) ini

http://ustazmoden.wordpress.com/2012/03/29/pegawai-jakim-aizam-sanggah-fathul-bari-isu-jumhur-ulama-sepakat-syirik-tawassul-dengan-orang-mati/

Namun jika dilihat kepada apa yang diucapkan oleh Ustaz Fathul Bari di dalam video beliau seperti membenarkan tawassul dengan masih hidup sahaja. Seperti di bawah :

- Kekeliruan ini wajar diketahui umat Islam agar tidak ada kekeliruan. Dalam hal ini pencerahan Ustaz Aizam Bahagian Penyelidikan JAKIM mungkin boleh menjadi panduan yang tidak meragukan. Seperti yagn ana tulis posting  berikut -

Seterusnya apakah hukum bertawassul ?

Lihat jawapan orang lama di Bahagian Penyelidikan JAKIM Ustaz Aizam Mas’od  :

Bagi penulis sesiapa yang ingin bertawassul dengan Nabi SAW, orang saleh yang sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia, maka dia berhak berbuat sedemikian tetapi dengan syarat dia tidak boleh taksub dan fanatik sehingga menyesat atau mengeluarkan orang yang menolak tawassul seperti itu daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Bagi yang menolak tawassul pula, mereka jangan semudah itu untuk menuduh orang yang bertawassul dengan Nabi SAW sebagai bid’ah kerana itu adalah pandangan jumhur mazhab yang empat.

 

sumber : http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/02/tawassul-hanya-khilaf-fiqhi-dalam-aswj.html

 

Huraian dan kupasan ilmiah berhubung topik berkenaan saudara boleh rujuk blog Mukhlis http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/34?&item_id=34&view:replies=reverse&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

 


Tuntutan Royalti Minyak Kelantan Mengguna Simbol Kristian ‘Cross Finger’`

$
0
0

 

Di dalam Islam kita sangat dilarang meniru perbuatan yang dibuat oleh agama lain. Meskipun di dalam bab lain kita tidak ditegah jika memakai pakaian yang sama dengan bukan Islam. Asalkan sahaja ia tidak menyerupai pakaian keagamaan mereka.

Dalil melarang perkara ini ialah hadis  ”Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka”

Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.

Termasuk di dalam hal ini ialah meniru perbuatan atau simbol agama selain Islam. Menggunakan simbol agama lain boleh merosakkan akidah umat Islam.

Ustaz sangat kecewa apabila melihat parti politik yang ghairah meraih sokongan orang awam menggunakan simbol agama bukan Islam.

Perasaan kecewa ini lebih dirasai apabila tokoh yang bergelar Mursyidul Am PAS sendiri menggunakan simbol agama lain.

Maka tidak pelik lagi apabila akhir zaman Dajal sebelum Dajal itu ialah golongan ulama yang jahat. Kerana itu kita diajar doa berlindung dari Dajjal

Golongan ini tidak kisahkan syariat tetapi mementingkan dunia dan kuasa dapat diraih oleh golongan parti mereka.

Umat Islam perlu sedar hakikat ini dan menggunakan akal yang waras untuk menghindar diri dari perbuatan yang merosakkan akidah mereka tanpa sedar.

Musuh Islam hari ini tidak menggunakan kekerasan memurtadkan umat Islam namun menjadikan aktiviti politik parti Islam menjurus ke arah perkara yang mungkar dan boleh meroskakkan akidah umat Islam. Selepas kalimah Allah juga digadaikan demi keuntungan politik.

Lihat gambar :

 

gambar dari blog ini http://www.penembak-tepat.com/2012/10/kempen-royalti-diselit-elemen.html


Video Ust Azhar Idrus Kahwin

Kisah Sedih Jemaah Umrah dengan Air Asia

$
0
0

AirAsia X kecewakan jemaah

Oleh MD. AZRIN ROSLY 
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Mei – Sekumpulan jemaah umrah kecewa apabila syarikat penerbangan murah AirAsia X didakwa membatalkan jadual penerbangan untuk kembali ke tanah air atas alasan ‘sebab komersial’.

Penumpang yang mewakili kumpulan umrah tersebut, Mansor Abu Bakar berkata, kejadian itu berlaku semasa keluarganya seramai 11 orang menunaikan umrah dengan menaiki AirAsia X pada 30 Mac dan sepatutnya pulang pada 13 April lalu.

”Kami sepatutnya pulang 13 April lalu tetapi dimaklumkan penerbangan itu telah dibatalkan dan ditawarkan dua pilihan iaitu sama ada balik awal pada 9 April atau lebih lewat pada 16 April,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan masalah kepadanya dan 10 lagi ahli keluarganya termasuk seorang yang uzur selain dua bayi, masing-masingnya berusia tiga bulan dan dua tahun.

”Pembatalan itu juga hanya dimaklumkan melalui e-mel yang dikeluarkan atas nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani dan alasan pembatalan ialah ‘sebab komersial’, tanpa penjelasan lanjut yang dilihat tidak munasabah.

”Nasib baik saya dapat menyemak e-mel, jika mereka yang tidak ada kemudahan internet bagaimana?,” katanya.

Menurutnya, tawaran AirAsia X itu juga menimbulkan masalah kepada mereka iaitu sama ada mahu menanggung kerugian atau terpaksa menambah lagi kos berada di tanah suci itu.

“Jika balik penerbangan awal, bermakna kami rugi dari segi bayaran hotel dan makanan yang telah dibayar awal-awal lagi kepada pihak di Mekah dan jika balik pada 16 April pula, kami terpaksa bayar lebih untuk hotel dan makanan selama empat hari tiga malam,” katanya.

Sabtu lalu, AirAsia juga menjadi kritikan ramai ekoran insiden malang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan yang dilarang kakitangan AirAsia menaiki pesawat AK 1455 di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam.

Tambah Mansor, AsiaAsia X juga tidak memberikan sebarang pampasan ekoran pembatalan itu kerana perkara tersebut dikatakan terkandung dalam terma dan syarat pembelian tiket dan jika mereka ada membeli insurans disuruh membuat tuntutan dengan syarikat berkenaan.

”Kami sekeluarga telah merayu kepada AirAsia X untuk memberi ganti rugi untuk hotel tetapi tidak dihiraukan langsung.

”Saya terpaksa mengeluarkan kira-kira RM15,000 untuk menampung kos penginapan dan perbelanjaan bagi hari yang terpaksa ditambah,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130524/dn_06/AirAsia-X-kecewakan-jemaah#ixzz2UYRbHnfZ 
© Utusan Melayu (M) Bhd


Nik Aziz & Tahlil

Nasihat Kepada Dr Asri Zainul Abidin kritik Ulama’ Al Azhar

$
0
0

Dr+Ali+Juma%2527h.jpg

Dr Maza tidak setanding Dr Ali Juma’h

Saya rasa tersentak apabila ulama’ idola pelajar-pelajar Al-Azhar Mufti Mesir dikritik kasar oleh Dr Asri Zainul Abidin di laman beliau http://drmaza.com/home/?p=1354. Dr Maza sepatutnya menilai terlebih dulu ilmu yang beliau miliki dan mengkaji punca seseorang ulama’ mengeluarkan fatwa sebelum melemparkan fitnah dan tuduhan kepada Ulama’ mujtahid yang kini dilantik menjadi mufti Mesir. Dr Maza juga sebelum ini dengan mudah memperlekeh Syeikh Ramadan Al-Buti dengan mengatakan “Al-Buti ulama’ kerajaan”. Saya nasihatkan Dr Maza perlu berhenti “kurang ajar dengan ulama”

Seandainya anda sampai ke Masjid Al-Azhar, boleh dikatakan majoriti-majoriti syeikh-syeikh yang mengajar di sana murid kepada Dr Ali Juma’h. Keilmuan beliau jelas lebih tinggi daripada Dr Maza. Saya rasa Dr Maza perlu mengetepikan fahaman tauhid yang di pegang oleh beliau dan tidak menjadikan ianya dasar umtuk menghentam ulama’2 yang tak sehaluan dengan beliau.

Sebab Dr Ali Juma’h suruh rakyat Mesir pulang ke rumah

Pada awal demonstrasi Dr Ali Juma’h telah diminta untuk mengeluarkan fatwa tentang demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Mesir tetapi beliau enggan menunjukkan sokongan beliau kepada rovolusi yang cuba dilakukan oleh rakyat Mesir

Selepas Husni Mobarak mengumumkan beliau tetap akan mengekalkan jawatannya timbul satu kumpulan demonstrasi pro Husni Mubarak. kumpulan ini telah bertindak ganas dengan menyerang kumpulan yang menentang Mubarak. Kesannya wujud pertempuran antara kedua-dua kumpulan lantas menyebabkan kematian dan kecederaan. layari http://gate.ahram.org.eg/News/36551.aspx

Ketika itulah Dr. Ali Juma’h mengeluarkan fatwa supaya peserta-peserta demonstrasi pulang ke rumah bagi mengelakkan pertumpahan darah terus terjadi sesama muslim kerana tidah mahu mereka tergolong dalam golongan ahli neraka sepertimana sabda nabi: ” Pembunuh dan orang yang dibunuh akan masuk ke neraka.”

Tuduhan Dr Maza amat tidak berasas, beliau tidak melihat situasi di Mesir ketika itu. Tuduhan beliau yang mengatakan Dr Ali Juma’h hanya berfatwa perkara-perkara furu’ dalam feqh dan ilmu kalam perlu dikaji, kerana Asri bukanlah anak murid Dr Ali Juma’h, jauh lagi kalau nak digolongkan orang yang sentiasa berada di samping Mufti Mesir.

Insaflah..

Saya amat berharap Dr Maza bertaubat, insaf terhadap kelancangan beliau dan meminta maaf kepada semua ulama’ yang telah diperlekeh oleh beliau. Dr Al-Qaradawi yang menjadi tokoh pujaan Dr Maza amat beradab ketika bercakap dihadapan Dr Ali Jumaa’h dan Dr Ramadan Al-Buti, Saya rasa Dr Asri perlu lebih beradab…

5:29 09-02-11
Iskandariah Mesir.

Sumber :

http://as-syazuli.blogspot.com/2011/02/dr-asri-zainul-abidin-hati-hatilah.html

http://jom-islah.blogspot.com/2011/02/dr-asri-zainul-abidin-hati-hatilah.html?m=1


Qardhawi: Sayid Quthb Bertanggung Jawab atas Berkembangnya Islam Radikal | Kabar tentang Dunia Islam

$
0
0

Yusuf Qaradhawi hingga tahun 2009 relatif masih lurus. Bahkan turut mengecam Sayyid Quthb yang menurutnya berpaham ekstrim. Sayang sejak Bughot di Libya tahun 2011 dan diikuti Bughot di Suriah serta konflik Mesir, Qaradhawi juga ikut2an takfir dengan mengeluarkan fatwa mati untuk Qaddafi dan juga Semua Pendukung Assad termasuk ulama.

Qardhawi: Quthb Bertanggung Jawab atas Berkembangnya Islam Radikal
Senin, 10 Agustus 2009, 23:52 WIB
Pernyataan Qardhawi ini disampaikan dalam dialog dengan Dr Dhia Rishwan, peneliti gerakan Islam terkemuka asal Mesir, dalam program acara televisi “Manabir wa Madafi” (Mimbar dan Debat) yang disiarkan oleh kanal al-Fara’in Mesir pada Jumat (7/8), sebagaimana dilansir IslamOnline.net.

Dari Moderat ke Konservatif

Menurut Qardhawi, Sayyid Quthb bergabung dan aktif di organisasi al-Ikhwan al-Muslimun sejak awal tahun 50-an atas dasar ketertarikan dan kekagumanya pada Ikhwan. Pada mulanya, Quthb berpemikiran moderat dan selaras dengan Ikhwan, namun lama kelamaan, Quthb berubah menjadi lebih konservatif. Perubahan ini terjadi pada akhir-akhir masa hidupnya, khususnya dalam kitab tafsir Fi Dzilal al-Qur’an (Dalam Naungan Alquran) dan kitab Ma’alim fi at-Thariq (Rambu-Rambu Jalan). Perubahan ini juga sangat jelas terbaca ketika kita bandingkan Dzilal cetakan pertama dan cetekan keduanya, pada cetakan kedua lah mulai muncul pemikiran hakimiyah (masyarakat hukum) dan jahilyah (masyarakat jahiliyah.

“Ahlussunnah tidak pernah condong kepada takfir, tidak sebagaimana yang sering dilakukan oleh sekte Khawarij,” jelas Qardhawi.

Pemikiran takfir tersebut, lanjut Qardhawi, berkembang ketika ia mendekam di penjara. Kondisi ini cukup memengaruhi pemikiranya. Quthb menganggap pemerintah yang ada sebagai komunis dan jauh dari agama.

Meski demikian, jika saja Sayyid Quthb saat itu tidak digantung (pada 29 Agustus 1966) dan diberi kesempatan untuk hidup normal (tidak dalam tekanan politik) dan berbaur dengan masyarakat, kemungkinan pemikiran Quthb akan berubah dan kembali lagi kepada pemikiran moderat.

Quthb dan Pendidikan Ikhwan

Menurut Qardhawi, Sayyid Quthb merupakan salah seorang yang sangat mengagumi sosok Imam Hasan al-Banna, pendiri Ikhwan. Atas ketertarikan ini, Quthb pun menulis buku berjudul Hasan al-Banna wa ‘Abqariyyah al-Banna (Hasan al-Banna dan Kejeniusan Seorang Pendiri).

Meski demikian, pada perjalanan selanjutnya, masih menurut Qardhawi, Quthb lebih dipengaruhi oleh pemikiran Abul A’la al-Mawdudi, tokoh Islam sezamannya dari Pakistan.

Namun menurut Qardhawi pemikiran takfir dan tajhil (menganggap masyarakat Islam saat ini adalah jahiliyyah) sangat berbeda dengan pemikiran Mawdudi sendiri.

“Pemikiran Quthb lebih kepada pencampuran antara Ikhwan, Salafi, dan Jihadi,” jelas Qadhawi.

“Sayyid Quthb adalah sastrawan, pemikir, cendikiawan, penafsir, dan tokoh Islam terbesar pada masanya,” terang Qardhawi. Namun, tambah Qardhawi, Quthb adalah orang yang paling bertanggung jawab atas berkembangnya aliran pemikiran radikal yang sekarang marak di kalangan sebagian umat Islam.

http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/islam-mancanegara/09/08/10/68283-qardhawi-quthb-bertanggung-jawab-atas-berkembangnya-islam-radikal

Qardhawi: Quthb Bertanggung Jawab atas Berkembangnya Islam Radikal

Doha, NU Online

Ketua persatuan ulama Muslim internasional, Syekh Yusuf al-Qardhawi, menyatakan pemikiran takfir (pengkafiran pada muslim lain) dalam kitab-kitab Sayyid Quthb sama sekali tidak mencerminkan ajaran Islam Ahlussunnah wal Jamaah yang dianut mayoritas umat Islam di dunia.

Pemikiran ini, tambah Qardhawi, juga tidak mencerminkan pemikiran gerakan al-Ikhwan al-Muslimin, karena pemikiran takfir sama sekali tidak selaras dengan pemikiran Ikhwan al-Muslimin.

Pernyataan Qardhawi ini disampaikan dalam dialog dengan Dr Dhia Rishwan, peneliti gerakan Islam terkemuka asal Mesir, dalam program acara televisi “Manabir wa Madafi” (Mimbar dan Debat) yang disiarkan oleh kanal al-Fara’in Mesir pada Jumat (7/8), sebagaimana dilansir IslamOnline.net.

Dari Moderat ke Konservatif

Menurut Qardhawi, Sayyid Quthb bergabung dan aktif di organisasi Ikhwan al-Muslimin sejak awal tahun 50-an atas dasar ketertarikan dan kekagumanya pada Ikhwan. Pada mulanya, Quthb berpemikiran moderat dan selaras dengan Ikhwan, namun lama kelamaan, Quthb berubah menjadi lebih konservatif.

Perubahan ini terjadi pada akhir-akhir masa hidupnya, khususnya dalam kitab tafsir Fi Dzilal al-Qur’an (Dalam Naungan Alquran) dan kitab Ma’alim fi at-Thariq (Rambu-Rambu Jalan). Perubahan ini juga sangat jelas ketika kita bandingkan Dzilal cetakan pertama dan cetekan keduanya, pada cetakan kedua lah mulai muncul pemikiran hakimiyah (masyarakat hukum) dan jahilIyah (masyarakat jahiliyah.

“Ahlussunnah tidak pernah condong kepada takfir, tidak sebagaimana yang sering dilakukan oleh sekte Khawarij,” jelas Qardhawi.

Pemikiran takfir tersebut, lanjut Qardhawi, berkembang ketika ia mendekam di penjara. Kondisi ini cukup memengaruhi pemikiranya. Quthb menganggap pemerintah yang ada sebagai komunis dan jauh dari agama.

Meski demikian, jika saja Sayyid Quthb saat itu tidak digantung (pada 29 Agustus 1966) dan diberi kesempatan untuk hidup normal (tidak dalam tekanan politik) dan berbaur dengan masyarakat, kemungkinan pemikiran Quthb akan berubah dan kembali lagi kepada pemikiran moderat.

Quthb dan Pendidikan Ikhwan

Menurut Qardhawi, Sayyid Quthb merupakan salah seorang yang sangat mengagumi sosok Imam Hasan al-Banna, pendiri Ikhwan. Atas ketertarikan ini, Quthb pun menulis buku berjudul Hasan al-Banna wa ‘Abqariyyah al-Banna (Hasan al-Banna dan Kejeniusan Seorang Pendiri).

Meski demikian, pada perjalanan selanjutnya, masih menurut Qardhawi, Quthb lebih dipengaruhi oleh pemikiran Abul A’la al-Mawdudi, tokoh Islam sezamannya dari Pakistan.

Namun menurut Qardhawi pemikiran takfir dan tajhil (menganggap masyarakat Islam saat ini adalah jahiliyyah) sangat berbeda dengan pemikiran Mawdudi sendiri.

“Pemikiran Quthb lebih kepada pencampuran antara Ikhwan, Salafi, dan Jihadi,” jelas Qadhawi.

“Sayyid Quthb adalah sastrawan, pemikir, cendikiawan, penafsir, dan tokoh Islam terbesar pada masanya,” terang Qardhawi. Namun, tambah Qardhawi, Quthb adalah orang yang paling bertanggung jawab atas berkembangnya aliran pemikiran radikal yang sekarang marak di kalangan sebagian umat Islam. (iol/mad)

http://www.nu.or.id/a,public-m,dinamic-s,detail-ids,1-id,18533-lang,id-c,warta-t,Qardhawi++Quthb+Bertanggung+Jawab+atas+Berkembangnya+Islam+Radikal-.phpx

http://kabarislam.wordpress.com/2013/09/09/qardhawi-quthb-bertanggung-jawab-atas-berkembangnya-islam-radikal/



Kenali MEDIU Lubuk Wahabi Di Malaysia

$
0
0

Senarai tenaga pengajar di MEDIU boleh anda lihat di bawah :

 

1.Fadlan Othman – TIMBALAN REKTOR MEDIU ini kata selawat syifa’ kafir (senada dengan Dr Asri Zainal Abidin).

https://www.youtube.com/watch?v=FU_GM0wT1x0

2. Idris Sulaiman mengatakan Dr Yusuf al Qardhawi sesat (tiap hari selasa sampaikan kuliah di MEDIU):

https://www.youtube.com/watch?v=pF_tXIH0xFc

Mengatakan tiada jihad di Palestin dan Rakyat Palestin mesti keluar dari negara itu :

https://www.youtube.com/watch?v=LuLDajjzspo

3. Fathul Bari keluarkan fatwa membaca SodaqaLlahul ‘azim lepas baca al Quran kafir. 

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=291818710857489&id=149551445110005

4. Rasul Dahri – mengatakan asya’iroh kekal selama-lamanya dalam neraka. Menipu atas nama Imam Asy Syafie. Banyak bukunya diharamkan JAKIM.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.218832691515213.49671.149551445110005&type=3

Kamu takkan belajar di MEDIU untuk menjadi seorang pelajar yang menghormati para alim ulamak dan umat Islam. Tetapi kamu akan diajar bagaimana untuk mengkafirkan ulamak dan umat Islam. 

Sabarlah. Nanti ada kampus Al Azhar yang akan dibuka di Malaysia. 

1. http://www.bharian.com.my/articles/KampussementaraAl-AzhardiNilai2014/Article/

2. Http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130827/dn_33/Universiti-Al-Azhar-buka-cawangan-luar-pertama-di-Nilai

 

 

blog asal - http://jomfaham.blogspot.com/2013/09/hati-hati-umat-islam-mediu-tempat.html


Hudud boleh dilaksana di Kelantan – Nik Aziz

$
0
0

po_03.1.jpgNIK ABDUL AZIZ

SHAH ALAM 22 Nov. – Meskipun pelaksanaan hukum hudud di Kelantan masih tertangguh selama 23 tahun, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap yakin undang-undang syariah itu boleh dilaksanakan dengan sokongan semua pihak.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini memandangkan sudah ada puak-puak tertentu memberi sokongan terbuka walaupun sebelum ini hanya berdiam diri.

“Walaupun saya uzur, tetapi jiwa saya sedang mengecapi kebahagiaan hidup sekarang ini kerana masalah hudud telah disokong oleh orang-orang yang melawannya.

“Hudud dapat dilaksanakan dengan sokongan bersama. Sekarang ini timbul puak-puak tertentu yang memberi sokongan terbuka yang dulunya senyap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan parti itu Kali Ke-59, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau sebelum itu menyerahkan momento dinar dan dirham untuk dibida bermula pada harga RM10,000 sempena muktamar itu dan nilai yang diperoleh akan disumbangkan kepada parti tersebut.

Baru-baru ini, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad menyatakan bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan enakmen itu yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakannya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberikan alasan bahawa persediaan untuk melaksanakan hukum hudud setakat ini hanya terhad kepada soal infrastruktur semata-mata sebaliknya dalam soal perundangan, masih banyak perlu dilakukan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131123/po_03/Hudud-boleh-dilaksana-di-Kelantan—Nik-Aziz##ixzz2lSjhkI42
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ustaz : hudud bukan boleh dipolitikkan. Sesiapa yang mahu melaksanakannya perlu jujur dan ikhlas kerana Allah.


Ustaz Zamihan al-Ghari Buktikan Dr Asri @realdrasri Totok Wahabi !!

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan Mengenai Wahhabi

$
0
0

Artikel asal dari
http://jomfaham.blogspot.com/2013/12/fatwa-majlis-fatwa-kebangsaan-mengenai.html?m=1

Majlis+Fatwa+Kebangsaan.jpg

ISU :

Apakah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan golongan Wahabi? Adakah golongan yang berzikir dan berdoa secara sendiri-sendiri selepas solat itu Wahabi?

PENJELASAN:

Aliran Wahabi bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yang diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab (m.1792). Dari segi mazhab , mereka lebih hampir dengan mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.

Dalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih,aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha’irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Shafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Dari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yang agak sempit dengan metodologi harfiah (literal) yang mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur’an. Justeru itu, sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap orang yang tidak mengambil pendekatan mereka. Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kepada kecenderungan untuk mudah mengeluarkan orang Islam dari lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.

Contoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid’ah. Berdasarkan makna literal beberapa hadis Nabi, mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yang tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi saw, dianggap bid’ah dan terkeluar dari Islam.

Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam-imam muktabar dalam mazhab Shafi’i dan dalam akidah menuruti aliran al-Ash’ari dan al-Maturidi.

Banyak persoalan yang bersifat khilafiah telah diangkat dan dianggap sebagai perkara usul sehingga menjadi permasalahan dalam masyarakat, seperti larangan doa qunut, wirid dan berdoa secara berjamaah selepas solat, tahlil, berzanji, qasidah, burdah, membaca yasin pada malam jumaat, perayaan maulid, kesemuanya ditolak atas nama bid’ah yang sesat. Ini sama sekali tidak selari dengan pemahaman sunnah dan bid’ah yang sebenar dalam Islam dan juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi Islam yang membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiah.

Dalam konteks tasawuf, mereka amat keras membid’ah amalan-amalan tariqat, amalan wirid dan selawat yang dilakukan oleh golongan sufi. Dalam akidah, mereka membid’ahkan ajaran tauhid berdasarkan sifat yang kesemuanya dipelopori oleh ulama-ulama berwibawa dalam aliran Ahl Sunnah wa al-Jama’ah.

Contoh lain perbezaan pemahaman aliranWahabi ialah pendekatan mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur’an seperti ayat berkaitan ‘tangan dan wajah Allah’, istiwa’ dan lain-lain. Dengan mengisbatkan secara literal ayat-ayat ini dan menolak sama sekali pendekatan ta’wil yang juga salah satu pendekatan yang diambil oleh ulama salaf dan khalaf, ia membawa kepada kecenderungan tajsim (kefahaman Allah berjism) dan tashbih (kefahaman Allah menyamai makhluk) terutama kepada mereka yang berfahaman simplistik berkaitan isu tersebut.

Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.

Memandangkan Malaysia jelas mengambil pendirian sejak beratus tahun lalu bahawa aliran yang harus diikuti ialah mazhab Shafi’i dan dalam akidah aliran Ash’ari dan Maturidi dan ianya telah menghasilkan perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam, baik dalam ibadah, muamalah dan lain-lain sehingga memberi ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dan negara, maka aliran Wahabi adalah tidak sesuai dalam konteks kefahaman dan amalan agama di Malaysia.

Manakala mereka yang berzikir secara sendiri-sendiri selepas solat tidak semestinya dari aliran Wahabi. Namun sekiranya mereka membid’ahkan orang yang berzikir secara berjamaah selepas solat berkemungkinan besar ia dari golongan tersebut.

Wallahu A’lam.

Rujuk : https://www.facebook.com/fatwamalaysia/posts/521309121300237


Wahabi Tolak Al Asya’irah dan Al Maturidiyah

Viewing all 68 articles
Browse latest View live